Saturday, September 18, 2010

16 September

Hari ini 18 September, kelmarin 16 September. Hari Satu Malaysia. Pada tarikh ini Sabah dan Sarawak menyertai gagasan Malaysia di mana terdapat penentangan dari Indonesia dan Kesultanan Sulu. Sultan Sulu ni apa cerita sekarang. masih menuntut sabah atau tidak. entahlah..sila google untuk tahu lebih lanjut. Oleh itu hari ini samalah besarnya dengan 31 Ogos. Sepatutnya diraikan sejak dulu lagi bukannya sekarang kerana nak pancing undi orang Sabah dan Sarawak. Isu-isu di sana seperti gadis Penan dirogol oleh pembalak, isu MyKad untuk pendatang haram dan kemiskinan haruslah diselesaikan segera untuk memancing undi bukan dengan memberi cuti.

Bagi aku hari ini ialah hari bangun lambat sebab cuti. hehehe.. Sebenarnya aku dah semangat bangun awal setting kepala nak keluar buat kerja dan selesaikan beberapa urusan seri paduka baginda. Mood aku terus potong bila teringat hari ini cuti. sudahnya tidur semula dan bangun pkol 1. Terbaik. Sakit badan tidur lama2.

Hari ini juga hari raya ke 11. Di TV3 sudah tiada iklan raya yang kontroversi konon-konon ada elemen illuminati, halusinasi dan freemason. Aku pun tak faham pembuat iklan dan TV3 tak fikir ke orang ramai akan marah tengok iklan tu. Sekarang rakyat bukan macam dulu senang diperbodohkan. Ramai dah cerdik dah pandai google apa2 saja. Ke saja nak test market, tengok orang marah ke tak. hehe.. Sempena raya ini, aku tengok dalam TV dan surat kabor ramailah yang buat sumbangan sana sini. Sampai ke Pakistan sana nun bantuan sampai untuk mangsa banjir. Jauhnya pergi..kat Malaysia ini dah tiada rakyat miskin yang perlu dibantu ke? Ramai student2 kt universiti malam2 cekik maggie, beli nasi lemak 2 ringgit telur rebus suku, makan roti canai. Lebih baik bagi bantuan kepada mereka, sekurang-kurangnya duit tu dibelanjakan dalam Malaysia. Dapatlah bantu peniaga tempatan tak pun syarikat kapitalis seperti Tesco seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara.

Raya ke tiga hari itu aku jalan2 area pusat bandar KL nak pergi rumah kawan aku. Lalu lah beberapa fast food terutama McD. Terkejut aku..penuh dengan Melayu. Pelik.. di rumah takde rendang dengan ketupat ke? sekurang-kurangnya ketupat nona. raya ke 3 dah makan fast food. Takkan raya ke tiga dah habis ketupat, dodol, kuih raya mau pun nasi impit? Punyalah laungkan anti yahudi, tampal sticker Save Gaza dekat cermin kereta, tapi raya ke tiga dah makan Mcd. Bullshit!

Mulai Isnin depan, jalan2 kt KL ni dah mula sesak. Cuti seminggu ini adalah heaven untuk orang-orang yang beraya di KL macam aku ni. Bilalah kerajaan nak tingkatkan sistem pengangkutan awam...bukannya susah. Kalau susah nak tambah stesen pun, tambah la gerabak tu. Kalau 2 gerabak, tambah lagi dua. Pastu tambah masa perjalanan waktu puncak. Kalau sejam 2 kali, jadikan sejam 3 kali. Kalau 10 minit sekali, jadikan 2 minit sekali. Kalau buat stesen baru, jangan lupa tempat parking kereta tu buat banyak2. Buat 3 tingkat terus pun tak apa. Kalau kedekut sangat, buat sistem shuttle bas elok2. Takkan benda2 macam ni pun aku nak kene fikir????

No comments: