Wednesday, November 24, 2010

bangun awal

sejak aku exam hari tu, tiap-tiap hari aku bangun awal. sebab dah biasa bangun awal nak pergi exam pagi-pagi.

hari ini aku bangun awal lagi. disebabkan exam sudah abes, jadi aku isi masa pagi aku dengan mengadap pc ni. mestilah buka facebook kan? dari pengamatan aku, status yang dipost pagi-pagi poyo2 belaka...hahaha

aku malas nak kasi contoh kat sini sebab waktu pagi aku memang malas. dah pukul 11 nanti baru datang rajin tu.

lama aku tak merasa nasi lemak pagi2..jadi apa kata kita bersarapan nasi lemak dan teh tarik pada pagi ini?

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, November 20, 2010

on my last day at university part 1

hari ini aku berjaya menamatkan sesi pengajian aku selepas tamat sekolah selama enam tahun setengah dengan paper terakhir aku tadi bergelar Engineering Mathematics!

enam tahun setengah beb! diploma + degree. kalau belajar medic dah jadi doctor. kalau ambil law dah jadi majistret. kalau buat diploma saja = 3 tahun, selepas 3 tahun pada waktu sekarang kalau buat bisnes sudah maju! kalau jadi junkies/punk rock tak sambung belajar lepas SPM dah jadi legend! tidak mengapa, aku ada degree.nak sedapkan hati.

bila sebut tentang maths, mestilah susah kan? jadi mestilah aku tak dapat jawap semua soalan dengan cemerlang kan?

kesimpulannya hari terakhir aku di universiti berakhir dengan pengakhiran yang agak kecewa angkara paper maths tadi...

dan penyelesaiannya pihak universiti jangan letak paper maths dalam jadual peperiksaan pada hari terakhir! ini boleh menyebabkan mental pelajar jatuh merudum!

dan tak semua student yang tak pandai maths, ada yang pandai. aku bukan tak pandai, aku malas je... hehe

malam sebelum exam tadi, aku dengar lagu Subculture, band punk rock tempatan yang otai, yang bertajuk time knock. korusnya begini " tomorrow so far away for me and you" gua dengar lagu ni secara rasminya dari kaset demo mereka masa form 1 di mrsm. kaset member aku topek.

sekejap sahaja masa berlalu...

Klik untuk baca selanjutnya

on my last day at university part 2

tadi aku nampak ada satu awek masuk rumah pakwe dia kot.
aku baru balik dari makan, masa tengah park superbike aku nampak satu awek ini jalan cuak2 tapi masih ada lenggang lenggok nya tetapi tidak pernah ku lihat wajahnya di sekitar apartment aku ini. kami pun naik tangga sama-sama tapi dalam posisi dia di hadapan aku. dari bunyi tapak kaki dia seakan melangkah deras. aku pun mempercepatkan langkah perwira ku ibarat mengejar sang puteri.
sekali dia masuk rumah depan rumah aku da...depan rumah aku ni rumah student laki yang semestinya rumah bujang.
punyalah nak cover line.. mesti dia termengah-mengah kecuakan sambil menahan gelora membara di dada...

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011

Lu dah pau gua punya untung lagi lu nak bising2 suruh gua siapkan kerja cepat2?!
Sabor la bukan gua saja2 lambat, lu gak letak spec barang pelik2 kena order dari singapore. Barang dah la mahal, gua kena tunggu funder gua bagi wang lagi. Lu ingat gua peniaga cina banyak wang? Gua peniaga melayu xde loan MARA punya!

Gua harap bajet 2011 dapat mengurangkan rasuah atau dengan nama baiknya komisen. Kalau gua tak nak kene pau, tak dapat projek pula. Terpaksa layan.

Celaka punya pegawai.

Nasib baik lu member kepada member gua. Kalau tak gua letop.

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Jadi


Selamat hari lahir google. Teruskan usaha mulia mu memberi informasi, imej, hiburan dan aplikasi kepada kami.

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, September 18, 2010

16 September

Hari ini 18 September, kelmarin 16 September. Hari Satu Malaysia. Pada tarikh ini Sabah dan Sarawak menyertai gagasan Malaysia di mana terdapat penentangan dari Indonesia dan Kesultanan Sulu. Sultan Sulu ni apa cerita sekarang. masih menuntut sabah atau tidak. entahlah..sila google untuk tahu lebih lanjut. Oleh itu hari ini samalah besarnya dengan 31 Ogos. Sepatutnya diraikan sejak dulu lagi bukannya sekarang kerana nak pancing undi orang Sabah dan Sarawak. Isu-isu di sana seperti gadis Penan dirogol oleh pembalak, isu MyKad untuk pendatang haram dan kemiskinan haruslah diselesaikan segera untuk memancing undi bukan dengan memberi cuti.

Bagi aku hari ini ialah hari bangun lambat sebab cuti. hehehe.. Sebenarnya aku dah semangat bangun awal setting kepala nak keluar buat kerja dan selesaikan beberapa urusan seri paduka baginda. Mood aku terus potong bila teringat hari ini cuti. sudahnya tidur semula dan bangun pkol 1. Terbaik. Sakit badan tidur lama2.

Hari ini juga hari raya ke 11. Di TV3 sudah tiada iklan raya yang kontroversi konon-konon ada elemen illuminati, halusinasi dan freemason. Aku pun tak faham pembuat iklan dan TV3 tak fikir ke orang ramai akan marah tengok iklan tu. Sekarang rakyat bukan macam dulu senang diperbodohkan. Ramai dah cerdik dah pandai google apa2 saja. Ke saja nak test market, tengok orang marah ke tak. hehe.. Sempena raya ini, aku tengok dalam TV dan surat kabor ramailah yang buat sumbangan sana sini. Sampai ke Pakistan sana nun bantuan sampai untuk mangsa banjir. Jauhnya pergi..kat Malaysia ini dah tiada rakyat miskin yang perlu dibantu ke? Ramai student2 kt universiti malam2 cekik maggie, beli nasi lemak 2 ringgit telur rebus suku, makan roti canai. Lebih baik bagi bantuan kepada mereka, sekurang-kurangnya duit tu dibelanjakan dalam Malaysia. Dapatlah bantu peniaga tempatan tak pun syarikat kapitalis seperti Tesco seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara.

Raya ke tiga hari itu aku jalan2 area pusat bandar KL nak pergi rumah kawan aku. Lalu lah beberapa fast food terutama McD. Terkejut aku..penuh dengan Melayu. Pelik.. di rumah takde rendang dengan ketupat ke? sekurang-kurangnya ketupat nona. raya ke 3 dah makan fast food. Takkan raya ke tiga dah habis ketupat, dodol, kuih raya mau pun nasi impit? Punyalah laungkan anti yahudi, tampal sticker Save Gaza dekat cermin kereta, tapi raya ke tiga dah makan Mcd. Bullshit!

Mulai Isnin depan, jalan2 kt KL ni dah mula sesak. Cuti seminggu ini adalah heaven untuk orang-orang yang beraya di KL macam aku ni. Bilalah kerajaan nak tingkatkan sistem pengangkutan awam...bukannya susah. Kalau susah nak tambah stesen pun, tambah la gerabak tu. Kalau 2 gerabak, tambah lagi dua. Pastu tambah masa perjalanan waktu puncak. Kalau sejam 2 kali, jadikan sejam 3 kali. Kalau 10 minit sekali, jadikan 2 minit sekali. Kalau buat stesen baru, jangan lupa tempat parking kereta tu buat banyak2. Buat 3 tingkat terus pun tak apa. Kalau kedekut sangat, buat sistem shuttle bas elok2. Takkan benda2 macam ni pun aku nak kene fikir????

Klik untuk baca selanjutnya

Friday, September 10, 2010

raya dah oi!

selamat hari raya. ampun maaf dipinta kepada semua.
tahun ni gua raya dgn internet. dengan facebook.
so sux!

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, August 12, 2010

nk raya dah oi!

ramadan dtg lg.
kurang2 kan lah tgk porn tu..makruh..dr makruh boleh bertukar menjadi haram. mula-mula jaga mata usha2 awek. awek sekarang cun2 walaupun bertudung. kalau asyik usha je, mula lah rasa geram, pastu balik rumah tgk porn pastu gua malas nak sambung cerita kat sini. haha oleh itu, hentikanlah download porn. kalau sayang nk delete, set hidden dulu. lepas raya nanti boleh unhidden. ape??! tak tau nk set hidden kt PC? mmg loser.
ramai batch2 aku dah kerja..jgn lupa bayar zakat. zakat ada dua jenis. zakat fitrah dengan zakat harta. kena tau beza. kalau nak bayar zakat dengan belanja buka puasa kawan2 yang tak kerja lagi pun boleh.
dan aku masih melayan karenah alam pengajian di akhir semester. memang sucks.
minggu ni dgn minggu lepas datang kelas untuk dua subject jer.

Klik untuk baca selanjutnya

Tuesday, April 27, 2010

entry tak best

lidah rasa mcm nak makan sedap-sedap...

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, April 15, 2010

tanye kabo bapak member

sekali sekala bila terjumpa member lama lebih lagi member masa sepermainan masa kecil dulu, bile borak tanya khabar, pastu tanya pula khabar bapak dia, kemudian dia tanya pula khabar bapak kita, aku terasa macam ada nilai sentimental di situ.

"pak ang ape kabor? sehat ke x?" aku tanye. dia jawap "pak aku sehat, kuat lagi dia.boleh pegi surau lagi, pak ang lak camne?" bla bla bla...

tau kenapa? sebab masa kecil dulu bapak member kita macam bapak kita juga kan? kalau nampak kita jalan kaki pergi mana-mana, mereka akan tumpangkan. kalau jatuh basikal depan rumah member, bapak dia juga akan ubatkan. kalau main-main masa orang sembahyang kat surau, bapak-bapak member kita akan marah kita.

budak-budak zaman sekarang tak tau la camna. mak bapak pun boleh bergadoh pasal anak.bengap.

Klik untuk baca selanjutnya

Sunday, April 11, 2010

Fuck u Malaysian leader.

IGP: ASIASOFT TIDAK LAGI DIBENAR MASUK BUKIT AMAN – malaysian insider

Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran

Klik untuk baca selanjutnya

Wednesday, April 7, 2010

boring

bosan.boring nak mati.F!

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, February 4, 2010

makmal kompiter sekolah

Sedap pula keyboard kat makmal kompiter sekolah ini. Rasa nak bawa balik pula. Best jer gua berchating dengan seorang gadis ini. Selalunya kompiter kat sekolah semua barai. Tiap-tiap tahun masa gua sekolah dulu bayar yuran kompiter RM10 setiap tahun. Last2 duit tu buat duit jamuan cikgu.

Sedang gua berchating, kedengaran member gua komplen "ingat aku rabun ke kompiter font besar2 ini?" hehehe...

Klik untuk baca selanjutnya