hari ini aku berjaya menamatkan sesi pengajian aku selepas tamat sekolah selama enam tahun setengah dengan paper terakhir aku tadi bergelar Engineering Mathematics!
enam tahun setengah beb! diploma + degree. kalau belajar medic dah jadi doctor. kalau ambil law dah jadi majistret. kalau buat diploma saja = 3 tahun, selepas 3 tahun pada waktu sekarang kalau buat bisnes sudah maju! kalau jadi junkies/punk rock tak sambung belajar lepas SPM dah jadi legend! tidak mengapa, aku ada degree.nak sedapkan hati.
bila sebut tentang maths, mestilah susah kan? jadi mestilah aku tak dapat jawap semua soalan dengan cemerlang kan?
kesimpulannya hari terakhir aku di universiti berakhir dengan pengakhiran yang agak kecewa angkara paper maths tadi...
dan penyelesaiannya pihak universiti jangan letak paper maths dalam jadual peperiksaan pada hari terakhir! ini boleh menyebabkan mental pelajar jatuh merudum!
dan tak semua student yang tak pandai maths, ada yang pandai. aku bukan tak pandai, aku malas je... hehe
malam sebelum exam tadi, aku dengar lagu Subculture, band punk rock tempatan yang otai, yang bertajuk time knock. korusnya begini " tomorrow so far away for me and you" gua dengar lagu ni secara rasminya dari kaset demo mereka masa form 1 di mrsm. kaset member aku topek.
sekejap sahaja masa berlalu...
Saturday, November 20, 2010
on my last day at university part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment