Thursday, November 20, 2008

Jualan Garaj! | Garage Sales!

Hidayat is doing garage sales besar-besaran.visit http://forum.lowyat.net/topic/850986.

1. ATI Radeon 128MB AGP, DVI output .good condition(RM 50)



2. Nvidia GF FX5200, 128mb DDR TV.. good condition (RM 50)



3. Logitech Webcam, 0.3mp. (RM 20)





4. Laptop RAM DDR2 256mb, 333mhz.good cond (RM 30)




5. Laptop keyboard ACER travelmate series(forgot for wat model see pic) new.good cond. (RM 50)




6. Lot of SATA cable.new.with power suply converter, 4 pin. (RM 5)




7. IDE and floppy disk cable. new. (RM 10 take all)




8. audio n s-video cable. (RM 5)




9. rear panel slot n modem cable. (RM 5)








10. SCSI stuff. for server. untested condition. dont know wat it called.see pic. (RM 5)




11. e-master p4-480W atx power suply.used.good cond (RM 30)




12. jumper.new. (RM 3)



13. microSD 512mb.good cond. (RM 10)




14. PS-2.germany keyboard. old stuff. used. good cond. (RM 10)







all item are ngotiable. shiping and cod, both accepted.deal with m2u, cimb, paypal can too. :clap: :flex: :hyper:

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, November 17, 2008

Friendster Is Down : Datacenter Outage In Sunnyvale

Until this post is written, Friendster website is already down about 4 days and redirected to "temporary maintenance" page. Most of the Friendster user around the complained that they all lost their friends about 75% from their friends list including the group that they created or joined. So, what happen to this popular social network website?

After gathering some information on Google search, this problem happen due to outage in Friendster datacenter at Sunnyvale. It occurs when the Globix, the Friendster datacenter provider want to upgrade its power system and the power went into problem and effects every server that holds the Friendster database
. Here are the update from Friendster Support Team:

"We’re aware of the problem that some users are having with missing friends. We experienced a major power outage the other day, that we’re still recovering from.
We are actively working on resolving the problem with missing friends. Rest assured that no friends have actually been lost — even though it may appear so on the website! The problem should be fixed within the next 24 hours. We apologize for this inconvenience."

taken from http://www.zooltechnology.com

Klik untuk baca selanjutnya

Sunday, November 16, 2008

friendster was hacked?

betul ke?
dasyat ni..
ramai yang mengomel akaun friendster mereka bermasalah?
apa sudah jadi?
adakah diceroboh?
atau sekadar 'server down', masalah hardware? mungkin sedang update sistem? biasalah perkara sebegini memang tak mustahil terjadi dalam dunia IT kerana sedangkan manusia pun tak sempurna.
antara simptom2 yang dikenal pasti ialah friend list kosong..some were deleted.
lagi pun 2 3 hari kebelakangan ini tak boleh nak log in.web browser memaparkan close for scheduled maintenance.ini menguatkan lagi ura-ura friendster was hacked, hijacked atau sistem korup.
erm...kita tunggu dan lihat komen owner friendster.
saya cuba google news berkaitan khabar angin ini tapi hasilnya mendukacitakan.
untuk pengetahuan anda friendster merupakan web ke 7 terbesar di dunia dengan user terbanyak dari filiphina diikuti negara asia yang lain seperti indonesia, malaysia dan singapura.
google pernah tawarkan untuk membeli friendster dengan nilai 30 milion dolar USD pada 2003.
ketika itu saya baru sign up friendster pada bulan September 2003 untuk mula bergiat di arena social networking ini.friendster siap dibina pada March 2003.
hasil pemerhatian saya melalui sembang2 di YM mendapati ramai yang marah kerana friendster ditutup 2 3 hari ini terutama perempuan.apakah tanda2nya? apakah kesan sampingannya? adakah mereka tidak dapat hidup tanpa social networking ini?
gejala ini sama seperti zaman kegemilangan MIRC.saya pun pernah terjebak.ponteng sekolah, tuisyen, aktivit ko-ko untuk pergi CC online IRC setelah mak saya menyorokkan modem dial up AZTECH yang bising itu kerana kantoi saya online sampai lewat malam.sehinggakan awek saya dulu pun saya kenal di IRC. memang menyeronokkan tanpa kita sedari ada kesan negatif disebaliknya.
memang sudah lumrah dunia tiada satu benda pun sempurna.
cuma diri kita sahaja yang tahu membezakan mana baik buruknya kerana musuh utama kita adalah diri kita sendiri.

Klik untuk baca selanjutnya

Sunday, November 9, 2008

kerja.tugas.tanggungjawab.i got fucked recently.

aku baru balik dari menara maybank jam 12 tgh mlm td.aku ada kerja cabling network computer.letih.buat satu department.nak buat macam mana, kena cari duit poket sendiri.aku anggap ini tanggungjawab aku sebagai anak yang sudah menginjak umur 20-an.malu siot minta duit kt mak bapak, since mak bapak aku pun tak hulur duit, jadi aku segan.kalau diorg hulur aku sambar jer! hehe

pagi tadi baru lepas exam paper network security.damn! 2 soalan kantoi.malam tadi berYM dengan moses tentang soalan hari ini, aku bergurau senang jer, soalan dia nanti what is virus, what is worm dan bla bla bla...pagi tadi memang keluar!tapi satu jer la soalan mudah.haha.2 soalan yang tak dapat dijawap dengan cemerlang berkenaan firewall dan IPSec.aku baca secara general saja, tak detail.soalan lebih kurang begini, what is advantage of stateful packet filtering.draw the diagram to support your answer. jawapan dia ini sahaja combines the best of packet filtering and proxy server technologies.tapi aku goreng mengarut. :)

tentang IPSec, IPSec is a framework of open standards that provides data confidentiality, data integrity and data authentication between participating peer at the IP layer. These are the protocols / standards that support the IPSec related protocols :

IPSec (AH, ESP)
IKE
DES
3DES
DH

RSA
MD5
SHA
CAs
ISAKMP -> Protocol that support the IPSec.
ada diagam dia, tapi aku malas nak tepek kat sini.sape nak emel aku.

Paper ini xpe lagi, aku yakin boleh skor.tapi paper network operating system(linux) i got fucked.i didn't get enough cheat code.some girls yang hot dapat cheat code dari lecturer and of cos diorg akan skor.damn u! diskriminasi gender.

seminggu sebelum final exam, aku accident di jalan raja muda musa dekat HKL.pukul 9 pagi.salah kereta belok kanan tak bagi signal.aku luka sikit, motor aku rosak sikit.aku setle situ sahaja setelah menerima maki hamun aku dan jari tengah aku beberapa kali, aku blah.sebab dah lambat ke kelas linux.sampai sahaja UniKL, jumpa classmate and they told me class cancel.fuck!!!! i'm struggling going to your class, taruh nyawa di hujung tanduk and then suka hati opah lu cancel class.any reason of cancellation are not acceptable.dah la fail kan aku dulu.FYI, aku repeat paper ni.sebab aku benci masuk klas dia.kene bodek baru leh skor.fuck UniKL. Universiti Kebodekan Lebih.and now bila dah exam ada pulak tips2@cheat code.aku tengok nota2 diorang lepas exam memang sebijik apa yang keluar dalam soalan.sigh~~!!

same things goes last2 sem n during my diploma.dah banyak kali kena! somebody masuk exam database bawa kalkulator.gila apa database wat kira2.because they got real question.dah tau ada calculation.soalan bocor.aku dengan kawan2 lain tak bawa kalkulator.shit gila! abes paper siap bangga bagitahu yang lain aku boleh buat sebab dapat soalan last2 sem.sebenarnya dia terlepas cakap n then dia cover camne aku pun dah x igt.fucking gila! tapi kalau aku bawa kalkulator pun bukan aku boleh buat.haha tapi at least be fair la..nak bagi soalan bocor bagi semua orang.yang dapat soalan tu pun jangan makan sorang celaka!

i got one paper more to go.paper ni pun lecturer yang makan bodek.emo boleh tahan.susah betol la study kt universiti orang melayu ni.aku pun sedar aku ni bukan baik dan rajin sangat, tapi aku bukan pembodek! and aku fuck lecturer yang makan bodek! tak berkat duit gaji anda.mereka2 ini kalau memegang jawatan dalam kerajaan bakal penerima dan pemberi rasuah.lagi 2 tahun nak abes di UniKL ini.tak sabar! damn!

Klik untuk baca selanjutnya

Sunday, November 2, 2008

KAMI rock keeeeeeeeeeeeee?

aku bersambung cerita tentang fenomena KAMI.walaupun agak lambat.tapi peduli apa.rakan ku moses sudah seawal dari ku menulis tentang KAMI.memang ketika menonton konsert itu kami sudah bercadang untuk menulis tentang trend KAMI ini.bolehlah ke blog beliau.

aku cuba seikhlas mungkin beritahu yang aku ada sedikit rasa insaf melihat budak2 zaman sekarang.semakin lama semakin liar.di zaman aku dahulu tidaklah seteruk begini.ingin melihat tetek di gig sangatlah sukar.kalau ada pun awek atau adik ataupun bini kepada rockstar2.aku juga seperti generasi sekarang, mula pergi gig seawal umur belasan tahun(lower secondary form).

di zaman itu, nak tahu ada gig hanyalah melalui flyers, zine atau newsletter.aku percaya generasi sekarang tidak tahu nate gapo kah ini.kesemuanya terlau DIY.aku masih menyimpan zine2 seperti zine pinochio, miracle mirror, kaset demo private whizz, murkyway dan macam2 lagi dalam kotak kasut Converse pertama ku beli.masa tu converse yang biasa orang pakai tu hanyalah berharga RM70 low cut di Yik Fong.dan kami mendengar musik yang disampaikan dengan penuh attitude.

kalau nak bercerita perbandingan masa dahulu dan masa kini memang tiada titik noktah.dunia berubah.aku percaya, fenomena ini akan hilang bersama trend yang dibawa.tiada lagi frasa.. "apa-apa je lah..janji rock!!" kerana mereka ini lebih mementingkan trendy, fesyen dan populariti semata-mata.

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, October 30, 2008

monolog

selepas hampir sebulan tidak kemas kini blog, sekarang baru terbuka hati nak kemas kini.mengapa? ada beberapa sebab pertamanya komputer riba aku tidak berapa stabil, komputer meja aku lagila, sudah dijual di kedai besi buruk.keduanya, aku malas.ketiga, aku sibuk dengan hal2 yang tidak sepatutnya.kini, HP Pavilion tx 1000 aku baru lepas diformat buat pertama kalinya selepas beli bulan disember 2007.aku format pun bukan sebab virus ataupun sistem korup, kerana status aku sebagai usahawan IT tidak bisa membenarkan perkara ini berlaku.aku format kerana skrin sentuh aku rosak.namun setelah diformat tetap rosak maka selepas periksa akhir semester nanti akan dihantar ke pusat servis HP.rosak kerana pernah dijatuhkan oleh seorang asskisser dalam makmal database semester lepas.itu satu tuduhan berasas kerana aku percaya kepada kualiti HP.

mulanya sayang nak format kerana aku telah update sehingga window vista ultimate, dan juga banyak software rare2 telah diinstall, tp pendapat aku tentang laptop HP Pavilion tx 1000 ini ialah ianya tidak sesuai digunakan oleh aku.laptop ini lebih kepada hiburan, tidak sesuai untuk hacking, programming, heavy duty task dan gaming.walaupun dinaiktaraf memorinya kepada empat gig.dengan pemproses AMD Athlon 64 X2 1.8Ghz, aku anggap sebagai lembap untuk menyokong segala hardware yang dipasang di laptop ini.namun apakan daya aku sudah terbeli kerana terpedaya dengan dakyah dari ejen kaum pemodal ini.aku berhasrat untuk tukar ke lenovo bila kewangan mencukupi.

sebelum ini banyak kali terniat untuk memblog, oleh itu kali ini aku pos semuanya di dalam satu.mulanya pada 18 Oktober aku pergi layan konsert KAMI berhampiran rumah aku.jalan kaki saja.berdua saja bersama rakanku Moses.seperti Moses, aku tidak pernah menonton siri dramanya mahupun filemnya.aku ke sana melepas geram slam dan moshing akibat ketiadaan rock the world tahun lepas dan juga kerana lama tidak pergi gig2 kecil.bukan tidak mahu pergi, tapi aku bosan dengan scene musik bawah tanah sekarang yang bagi aku telah hilang nilai2 estetikanya.

tiba2 hilang mood nak tulis.fenomena KAMI memang buat aku marah.akan disambung...

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, October 11, 2008

selepas raya






malas nak menaip.muat atas gambar sudah. :)

Klik untuk baca selanjutnya

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

esok raya.
selamat hari raya.

beli belah.
masak.kemas.
persiapan terakhir.

gantung langsir baru.
baru basuh, tahun lepas2 punya.
dulu gantung kad raya.
kononnya ramai kawan hantar.

sekarang gantung talipon di leher.
banyak dapat sms.
senang nak balas.
sampai lupa ketupat hangit di kuali.

makanlah ketupat rendang banyak2.
minum air sirap banyak2.
setahun sekali saja.
jangan sampai tumpah dekat rumah orang.
nanti malu.

jalan2 pergi beraya nanti bajet2 harga minyak dan tol.
kalau mahal pun pergi juga beraya.
jangan kedekut.
nanti tradisi lenyap.
ajak saudara mara tong2 harga minyak.

duit raya jangan lupa diberi.
nanti kanak2 kata kita kedekut.

download lagu raya.
burn dalam cd.
buat dengar dalam kereta.
hati2 di jalan raya.
banyak orang gila atas jalan raya.

balik kampung tayang kereta.
tak mampu beli kereta, tayang talipon pun jadi.

balik kampung hati-hati main mercun.
meriam buluh.
meriam paip.
paip pvc, paip piling.
kalau takut, main meriam tin.
letak kabad banyak2.
siapa tak tau main meriam dia tak cool.

jangan membazir.
nanti lepas raya sengkek.
tak faham kalau raya ini ada orang pergi makan di kedai.

jaga tekanan.
tekanan perasaan.
tekanan darah tinggi.
ketika mengemas rumah.
melayan tetamu.
memandu.
dan juga makanan berkolestrol tinggi.

bergembiralah.
lupakan sengketa.
maaf zahir batin.
halalkan makan minum.
selamat puasa enam.

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, September 27, 2008

speed trap di highway utk mereka yang pulang ke kampung.

PLUS North Bound (ke Utara)
Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80kmh only!
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes

At 296.5km and 297km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link EastNorth Bound
On left hand side at 4.8km after Batu TigaShah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJHicom junction about 8.5km. 90kmh zone!
Below the bridge before USJHicom junction at 10.5km.
Elite Central Link WestSouth Bound
Under the overhead restaurant at USJHicom junction about 8.5km. 90kmh zone!
Below the bridge before USJHicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover 90kmh
NKVE EastNorth Bound
300m before Jalan Duta toll, 60kmh!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9 km, 80kmh!
Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE WestSouth Bound
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80kmh!
From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80kmh zone!
From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70kmh zone.
Klang
Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at
about 13km mile stone. 70kmh only!
East Coast
Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60kmh zone.
Paya Bungor, 70kmh zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR
South Bound
Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng
North junction
at 97.3km.
Ayer Hitam junction.
Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
Around Ayer Hitam in 60kmh zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
PenangBridgeat island end.Speed limit 80kmh.
South Bound
Penang Bridge island end. Speed limit 80kmh.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90kmh.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80kmh.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.
Ps maklumat berdasarkan lokasi biasa yang digunakan untuk membuat speed trap.perubahan tanpa notis.selamat hari raya dan selamat menyelamatkan nyawa anda.

Klik untuk baca selanjutnya

Friday, September 5, 2008

rumusan minggu ini

aku nk buat rumusan minggu ini walaupun belum hujung minggu.

minggu ni dah 3 buah laptop compaq ku hantar ke waranti.dua masalah mainboard, satu masalah hard disk.mengikut info2 yang aku dpt, compaq sekarang memang banyak masalah terutama processor AMD.apa dah jadi dengan compaq ni?nak lawan harga pun agak2 la jangan sampai kualiti tergadai.kapitalis sungguh.kepada user, hati2.bukan tak boleh beli compaq, sebab bagi aku masalah ini berlaku semua atas nasib baik anda dan cara penggunaan anda.

sebenarnya aku cuti seminggu.cuti pertengahan semester.jadi aku pun masuk kerja data entry di damansara.kerja ni dah lama aku buat.sejak 2 tahun lpas.ade masa lapang dan perlukan wang lebih aku pergi kerja.lumayan juga gajinya.boleh buat beli baju raya.kerja mula tengah hari sampai habis dalam petang pukul 7 macam tu.perjalanan pulang memang sialla tambah2 sekarang ni asyik hujan dan bulan ramadan petang2 orang dah lapar tak sabar nak balik buka.petang tadi sesak gila area jalan istana.ada kemalangan.hati2 la.anda mungkin penyebab beribu2 orang tak sempat berbuka di rumah bersama orang tersayang.

motor kapcai aku sudah berusia 10 tahun.uzur serba serbi.horn pun tak ada.so mana2 pengguna jalan raya yang kurang ajar atau melakukan kecuaian dengan segera akan
mendapat horn jari tengah aku dan kata2 nista berupa nasihat dari aku.oleh itu, berhati-hatilah!

Klik untuk baca selanjutnya

5 ramadhan

cuaca baik di Kuala Lumpur.
x mendung sgt..x panas sgt..tapi tak tahulah petang nanti macam mana.
suasana ramadhan masih meriah.teraweh masih ramai orang.
pusat beli belah tak tahu.tak jenguk lagi.lagi 25 hari nak raya.
tak payah beli kasut baju baru.pakai saja tahun lepas punya kalau masih elok.
tapi tahun ini aku tetap nak beli.baju melayu sepasang.
dah lama tak ada baju melayu lengkap sepasang.
3 tahun lepas beli baju melayu saja.tiada seluar.jimat.murah sikit.
2 tahun lepas beli jubah macam orang balik haji.senang.tak pening fikir warna apa, fesyen apa.harga pun ok.rm40 saja.
tahun lepas langsung tak beli.
anak buah dah ada 4 orang.kene siapkan duit raya banyak sikit ni.gembirakan budak2.apa salahnya.
cepatnya masa berlalu.

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, September 1, 2008

merdeka, ramadhan al mubarak

31 Ogos sudah berlalu.sudah 51 tahun negara kita bebas dari penjajah.alhamdulillah syukur aku dilahirkan di bumi bertuah ini.akan aku pertahankan ketuanan Malaysia.



dua tiga tahun lepas bila menjelang merdeka saja muncul di benak fikiran aku untuk 'overnight' countdown dan tengok bunga api lepas itu lepak sampai pagi.cara muda mudi menyambut kemerdekaan.tetapi tahun ini langsung tidak ada niat untuk melakukan seperti tahun2 lepas.kenapa ya? mungkinkah disebabkan faktor politik, kenaikan harga minyak dan sempena kedatangan ramadan?

lebih memburukkan lagi keadaan ada blogger yang mencadangkan mengibarkan jalur gemilang terbalik bagi menyampaikan mesej tertentu kepada kerajaan.walaubagaimana pun tidak dinafikan sambutan kemerdekaan tahun ini agak hambar.lihatlah di jalan raya dalam sepuluh kenderaan yang lalu hanya sebuah yang memasang jalur gemilang.mungkinkah orang ramai lebih menumpukan kepada sambutan ramadan? kalau macam itu alhamdulillah kerana bagi saya prioriti itu lebih kepada sambutan ramadan. :)

sehubungan itu, marilah kita sama-sama memperjuangkan erti kemerdekaan yang sebenar dan ahlan wasahlan ya ramadan.pulun2 pahala bulan ramadan ini.umur semakin lama semakin tua! faham-faham sendiri la yer!

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, August 16, 2008

melayu kuat melatah?

dua isu semasa iaitu forum memeluk islam oleh majlis peguam malaysia dan pembukaan kuota 10% di UiTM kepada bukan bumiputera berjaya merobek sekali lagi benteng kemarahan umat melayu.

forum memeluk islam yg dianjurkan oleh majlis peguam malaysia baru-baru ini bersifat kurang ajar kerana tidak menggunakan pendekatan yang diplomatik.walaupun terdapat bantahan, mereka tetap mahu menganjurkan forum tersebut malah dianjurkan dengan secepat mungkin tanpa perlu menunggu bantahan itu reda.dek kerana pengerusi majlis peguam malaysia itu seorg bukan islam maka pada awalnya di dalam kotak minda saya terus bersangka yang forum itu bertujuan untuk menghapuskan atau menggubal undang-undang berkenaan syariah.forum itu juga tidak mengutarakan apakah tajuk2 yang bakal diforumkan maka ini menimbulkan keresahan umat melayu islam.

namun setelah meneliti laporan akhbar arus perdana dan alternatif, dan blog2 saya berpendapat pihak majlis peguam malaysia cuba menangguk di air yang keruh di atas kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang.kerajaan sekarang dilihat sebagai lemah dan tidak tegas menangani isu2 berkaitan perkauman.saya bukanlah perkauman sangat, tapi kalau melibatkan isu berkaitan agama saya maka saya juga sensitif.sebenarnya ada pro dan kontra nya dalam isu ini.jika tajuk yang dibincangkan itu memudahkan penyelesaian berkaitan memeluk agama seperti isu murtad, maka hendaklah diberi laluan terhadap penganjuran forum tersebut.persoalan utama yg perlu dirungkai dari isu ini ialah berkaitan apakah tajuk yang penting untuk dibincangkan dan sensitiviti umat islam.

sesetengah pihak cuba melaungkan demokrasi yang bebas dan hak samarata kaum dan agama di negara ini.saya cuba memetik apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya bahawa keamanan di negara ini dicapai dengan persefahaman antara kaum.ketika era selepas Mei 1969, pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia telah bersetuju bahawa perkara-perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka. Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum akan berlaku.

berlainan pula dengan isu kuota 10% UiTM kepada bukan melayu yang dibangkitkan khalid ibrahim.pendapat peribadi saya bersetuju dengan cadangan khalid ini.akronim Universiti Ini Tolong Melayu(UiTM) patut diubah.atas faktor melayu selalu ditolonglah bangsa melayu lambat membangun.orang melayu mungkin tidak akan berdaya saing jika selalu diberi subsidi.di masa kini saya merasakan subsidi kepada orang melayu harus dikurangkan kerana ramai juga melayu yang sudah berjaya.bukan bermakna dihapuskan.saya bukanlah menyokong pakatan rakyat 100% dan saya juga tidak melihat kenyataan khaled ibrahim bermotifkan politik untuk memancing undi bukan melayu di pilihanraya permatang pauh.sudah sampai masanya untuk orang melayu berdikari sepenuhnya.nelayan melayu tidak akan turun ke laut jika tidak mendapat subsidi diesel, petani melayu tidak akan tanam padi jika tidak mendapat subsidi baja dan benih padi.dahulu pada zaman penjajah, british telah 'mind set' kan orang melayu akan menjadi nelayan dan petani, cina akan jadi peniaga dan india akan tinggal di estet, tapi dewasa kini kita melihat orang cina telah menjadi nelayan dan petani yang lebih maju dari melayu yang satu ketika dahulu memonopoli industri ini.

kenapa siswa Uitm perlu marah dan berdemonstrasi memprotes? kerana mereka perlu mengubah sikap menjadi siswa yang rajin, tidak malas, berdikari dan tidak perlu disuap segalanya.sepatutnya mereka menganggap kenyataan khaled sebagai satu cabaran dan pemangkin untuk mereka insaf menjadi melayu yang lebih 'power'.kenyataan khaled dalam berita harian
memberi contoh yang baik.

zaman dah berubah...sampai masa kita perlu melupakan perkara yang lepas dan mulakan perkara yang baru, atau menggubal sesuatu perkara untuk kemajuan.

Klik untuk baca selanjutnya

Friday, August 8, 2008

Tips dari seorang Supervisor Petronas Untuk Jimatkan Minyak.

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu. aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
No 4 dan seterusnya sila...



4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang
"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...
HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje!

Klik untuk baca selanjutnya

Friday, August 1, 2008

geeky.

baru ini aku diberitahu kawan ku tentang virus suruh solat.virus ini akan popup bila masuk waktu solat.haha agak menarik cara berdakwah sekarang.mungkin manusia sekarang makin degil maka cara berdakwah terpaksa ditukar kepada lebih hardcore dengan menyebarkan virus suruh solat.

sekarang tiba2 kembali sibuk membaiki komputer dan laptop pelanggan2 aku..kebanyakkan dari jenama ACER..nasib baik dalam warranty lagi..hurm..jangan la beli ACER, tapi kalo beli bagus juga boleh menguntungkan aku baiki laptop ACER anda semua.hahaha
seingat aku, aku baru tiga kali baiki laptop bukan dari ACER, compaq 2, dell 1.
jadi, kepada sesiapa nak baiki laptop atau komputer dengan harga yang sangat murah, plz do not hesitate to contact me ok.saya juga menerima tempahan set up network untuk rumah atau pejabat anda! cable atau wireless.

semester ini aku ada ambil subjek berkaitan pengaturcaraan.erm...agak bosan.tapi aku nak cuba belajar betul2 supaya dapat diaplikasikan.berita buruk semester ini database boleh transfer credit pula...shit, aku da ambil sem lepas.rugi!sudahlah rakan ku buat onar dengan ku, pensyarah bagi aku c+.wtf...perangai macam budak sekolah..tak habis2 dengan sifat membodek,mengampu..bakal2 penerima rasuah dan perosak bangsa bila bekerja nanti.

persoalannya, adakah aku geek? akan kita bincangkan di artikel akan datang..

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, July 17, 2008

17 July, 14 Rejab.

terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada saya sama ada melalui sms, myspace ataupun friendster.ucapan anda amat dihargai.
tandanya anda merupakan sahabat yang sangat baik.mengingati diri ini.seikhlasnya, ucapan yang diterima semakin berkurangan.namun ada juga yang baru pertama kali mengucapkan kepada saya.sebenarnya, saya tidak kisah pun tentang ucapan ini, apa yang saya kisahkan adalah hadiah.hehe tidak,ikhlas sebenarnya.saya ingin memetik satu pepatah, "ikhlas itu ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang gelap gelita". anda tafsirlah sendiri.

sudah lebih 20 tahun berpijak di bumi yang sementara ini.masih dalam perjalanan menuju ke destinasi tertentu.masih banyak perkara yang belum ditentukan oleh takdir.
aku berusaha ke arah itu sambil bertawakal kepada Yang Maha Kuasa.

syukur, kerana di usia yang meningkat dewasa ini aku masih dilimpahi rahmat dan nikmat pemberian Tuhan.sekurang-kurangnya nikmat iman kepada Yang Esa.selebihnya dikurniakan rezeki yang memadai, ilmu, dan sahabat yang menceriakan hidup ini.bercakap mengenai sahabat, enjoi gambar di bawah ini ya!

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, July 12, 2008

jika kau...

jika kau melantak di nandos, aku sekadar menjamah di kedai laila kg baru...
jika kau bersantai di starbucks, aku pula hanya mampu di kedai mamak...
jika kau berpeleseran di Pavilion, aku pula berlegar-legar di Imbi mencari alat ganti komputer pelanggan ku...
jika kau melepak selepas habis kelas, aku pula berkejar ke pejabat untuk kerja sambilan ku...
jika kau ke hulu ke hilir berhawa dingin kereta, aku pula berpanas hujan atas kapcai ku...
jika kau mengajak rakan mu membeli belah, aku pula mengajak rakan ku pulang ke rumah..
jika kau sedang bermaksiat dengan kekasih, aku pula di hadapan komputer usang ku mencari info-info berguna...
jika kau menonton wayang di Cineleisure, aku pula memuat turun filem dari internet...
jika kau sedang terkinja-kinja di kelab malam, aku pula bertungkus lumus mencari pendapatan sampingan...
jika kau bertukar posisi dengan ku, aku pula cuba menenangkan kamu dan berkata hidup tidak semestinya di atas selalu...maka beringatlah!
jika kau jadi seperti aku, barulah kau tahu apa yang aku rasa.namun sedarlah hakikatnya aku tidak mahu jadi seperti kamu yang bongkak.

Klik untuk baca selanjutnya

Tuesday, July 8, 2008

brg2 utk dijual.things to let go. *update*

externel hard disk 2.5" 40GB PATA(hard disk laptop)with USB casing = RM100
256MB DDR1 kingston pc133 - 2units = RM40 per piece <---SOLD!!
512MB DDR2 hynixx 667mhz for laptop = RM40 <---SOLD!!
256MB flash card kingmax = RM25
lite on CDRW = RM35
80GB hard disk IDE western digital = RM55
ATX power casing with power supply, 2 small fan = RM50
AMD sempron super powerful processor 0.9GHZ = RM90
nvidia AGP grafik kad 256MB = RM50
1 set Pc pentium 3 + monitor acer 15" + keyboard + mouse = RM200
sata, IDE cable = RM4 only!! (many units!)
power cable for PC(w/o fuse) = RM8 (many units!)


reason 4 sale = cleaning my room/need cash. :) beli la wei! murah ni.
priced can nego.
COD klang valley area.

Klik untuk baca selanjutnya

Sunday, July 6, 2008

sukarnya mahu kemaskini blog sejak kebelakangan ni.kesukaran mencari masa terluang dek kesibukan mencari keperluan ekonomi dan memenuhi beberapa permintaan duniawi sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
aku ada coretan dari aktiviti di Bagan Lalang, Sepang dan Pulau Pangkor bulan lepas untuk dimuatkan namun masa amat mencemburui aku.tunggulah sedikit masa lagi.
namun disini aku cuba untuk menconteng serba sedikit tentang sikap rakyat Malaysia.sebenarnya ini ialah rumusan dari kunjungan aku ke Berjaya Times Square Convention Center tempoh hari bermula dari perjalanan pergi, di Times Square sehinggalah pulang.

Sikap rakyat Malaysia:

1. Memandu dengan terlalu perlahan di lorong paling kanan.
2. Malas untuk letak kereta jauh-jauh dari tempat hendak dituju.nak juga letak kereta betul-betul depan permis yang tempatnya sudah penuh sehingga jadi 'double parking' menyebabkan trafik sesak.
3. Membuang resit ATM merata-rata sekitar mesin ATM.kalau tak nak resit tu, tekan menu 'TIDAK' pada pertanyaan 'Adakah anda mahu penyata?'
4. Culas menggunakan tandas awam.seperti tidak meletakkan semula hos paip di tempat gantungnya, guna tandas awam sehingga basah keseluruhan tandas.menjijikkan.
5. Suka berhenti bersembang bila terserempak dengan orang yang dikenali di depan lif atau eskalator.menyebabkan kesukaran pergerakan orang lain.pergilah ke tempat lain untuk bersembang.
6. Susahnya nak bagi laluan kepada orang lain di jalan raya.tidak nampak ke papan tanda "Beri Laluan" atau dalam bahasa inggerisnya "Give Way"? ke memang tidak menyedari langsung papan tanda tersebut?

Sekian.

Klik untuk baca selanjutnya

Tuesday, June 17, 2008

suatu pagi yang indah, 10 tahun sebelum merdeka.

hari ini bangun awal.dgn kata lain tidak tidur semula selepas subuh.ade hadis kata kalau tidur lepas subuh rezeki sempit.mudah-mudahan rezeki ku hari ini luas terbentang depan mata.insyaAllah.

perkara pertama ku lakukan pagi ini ialah menghadap laptop ku yang lupa ditutup semalam.balas mesej2 di YM dan Myspace selepas aku tertidur malam tadi.buka Utorrent, oh, filem Spiderwick aku sudah siap dimuat turun.winamp versi terbaru iaitu versi 553 juga sudah siap dimuat turun.terus ku buang winamp lama dan isikan yang baru ke dalam program fail aku.kerana aku menghadapi masalah windows akan tutup winamp automatik bila aku dihubungkan ke internet(online).kalau tidak sambung ke internet(offline), tiada masalah.penyelesaiannya ialah kemas kini winamp versi terbaru.selepas itu, pindah fail dan folder di desktop ku yang semak.dengan kata lain kemas kini.cadangnya nak tonton spiderwick, tapi laparlah pula..oleh itu pergi sarapan dulu.tidak layan tonton filem dalam keadaan lapar.

sarapan.sedap.sudah kenyang masuk bilik semula tapi masih tidak jadi menonton spiderwick sebab aku terjumpa satu benda menarik di Myspace.sebuah filem juga, tapi filem pendek dengan kata lain dokumentari selama 32 minit.dokumentari yang ku jumpa di halaman www.myspace.com/10tahun ini merupakan sebuah dokumentari berkisar tentang perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi tidak pernah diketahui oleh masyarakat umum.aku sendiri pun tidak tahu di sebalik perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO dan sekutunya seperti dipelajari dalam buku teks sejarah sekolah, rupanya terselit satu lagi perjuangan yang ku nilai lagi suci.

setelah melayari Myspace dengan lebih jauh, aku pun menjumpai blog kepunyaan krew yang bikin dokumentari itu.banyak info yang aku dapat dari sudut sejarah di situ.aku sudah letak alamatnya di ruangan blog ke blog di blog ini.sedikit sebanyak semangat patriotisme aku meningkat dan kesedaran untuk mempertahankan negara dan membela bangsa sendiri menjulang tinggi.



oh..lupa baju di mesin basuh.lepas ini mahu telefon operator maybank2u.kata laluan ku di maybank2u terlupa.banyak bayaran nak kena pindah ke akaun-akaun lain.adoi... lepas ini mahu ke pejabat pos.lepas itu terus ke pejabat mencari sesuap rezeki.sekian.

Klik untuk baca selanjutnya

Tuesday, June 10, 2008

Iphone 3G sudah dilancarkan!

Yang ditunggu dan dinantikan oleh aku sudah tiba! Apple hari ini mengumumkan Iphone versi 3G sudah dilancarkan dengan beberapa ciri tambahan yang menarik berbanding versi terdahulu dan akan berada di pasaran pada 11 July ini.

Dengan ciri-ciri lebih kepada kegunaan di Asia, Iphone 3G ini didatangkan dengan kelajuan rangkaian 3G untuk memuat turun emel dan melayari web. malangnya, sedikit hampa kerana tiada ciri untuk panggilan video. Dengan kelengkapan wi-fi dan EDGE sedia ada, tambahan 3G menjadikan iphone lebih sesuai digunakan secara meluas di negara kita.jika tidak dapat wi-fi, boleh bertukar ke 3G, jika tidak dapat 3G, boleh bertukar ke EDGE.jika masih tidak dapat sambungan internet, maknanya anda mungkin berada di pedalaman. :)

Apple juga melengkapkan kecanggihan Iphone dengan menambah teknologi GPS untuk pengguna mencari peta.GPS ini boleh digunakan dengan rangkaian 3G. sila lawati web Apple untuk berita gembira ini.

Klik untuk baca selanjutnya

Wednesday, June 4, 2008

petrol naik harga lagi

kuatkuasa esok petrol akan naik harga sebanyak 78 sen yakni rm2.70 seliter dan diesel naik rm1 kepada rm2.58 sen. rujuk di utusan untuk berita sedih ini

apakah yang cuba dilakukan kerajaan pimpian Pak Lah? apakah positif dan negatifnya kenaikan harga petrol ni?

kenyataan "rakyat masih terus menikmati subsidi akibat kenaikan harga bahan api ini" sungguh memedihkan hati aku. apakah mainan politik yang cuba dimainkan oleh kerajaan BN?

mungkinkah buka semester baru nanti wujud alasan baru untuk tidak datang ke kelas iaitu 'minyak naik harga, tak mampu isi minyak motor atau kereta'? hehehe...

5610109

kenaikan yang sungguh mendadak ini sudah tentu membebankan rakyat kelas sederhana dan miskin.apakah perasaan mereka? sudah pasti harga barang akan meningkat.

implikasinya aku rasa akan wujud 'riot' atau demonstrasi besar-besaran oleh rakyat. kesan seterusnya aku rasa anda semua sudah tahu, ramalan kerajaan Pak Lah akan terus dibenci ramai menjadi benar belaka. mungkinkah kerajaan BN akan tumbang?

seruan aku disebalik kenaikan drastik harga petrol ini, marilah kita ambil nilai-nilai positif seperti berjimat cermat dalam penggunaan petrol. cara-caranya menggunakan kenderaan awam,(boleh kurangkan global warming juga) kurangkan memandu kenderaan ke tempat-tempat kurang berfaedah seperti berdisko, melepak dan sebagainya, berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menggunakan motosikal ataupun menggunakan basikal seperti negara Jepun dan China.

Klik untuk baca selanjutnya

Wednesday, May 28, 2008

virtual private network(VPN)

cuti semester ini aku telah mendapat satu 'task' yang besar iaitu 'to set up a VPN between one branch in KL and another branch in oversea.' jadi aku pun mula membuat sedikit 'study and research'.
oleh itu, inilah hasilnya sedikit pemahaman aku tentang VPN.

wikipedia = computer network in which some of the links between nodes are carried by open connections or virtual circuits in some larger network (e.g., the Internet) instead of by physical wires. The link-layer protocols of the virtual network are said to be tunneled through the larger network when this is the case. <-- sangat susah untuk faham kan? mungkin pengertian di bawah lagi senang.

VPN actually are inside the WAN and public network that rely on some security features.in the public network, VPN are able to connect to the internet through restricted-access network.

technologies behind VPN = SSL, IPSEC and many more.

firewall = netscreen, ciscopix and many more.

itu sahaja.sekian.hahaha

Klik untuk baca selanjutnya

Thursday, May 22, 2008

kejiranan dan masyarakat melayu yang moden

usai maghrib tadi di surau kediaman aku, aku didatangi seorang lelaki melayu berantai emas di leher yang ku kira asing dalam kawasan perumahan aku.mukanya agak cemas dan letih.tanpa banyak bunyi beliau terus mendapatkan aku dan bertanya, "siapa in charge surau ni ek?" aku menjawap la sekian-sekian orang yang in charge.beliau terus berkata lagi, "tengah hari tadi ayah saya meninggal mengejut, so malam ni lepas isyak saya nak buat kenduri tahlil" aku mengucapkan innalillah dalam hati dan mengiyakan jer.ketika itu jemaah mula mendirikan solat.tanpa mengendahkan jemaah beliau terus mengasak aku dengan permintaannya untuk mengadakan tahlil.seolah-olah tahlil itu lebih fardhu dari solat.

sesudah itu, aku menghubungi dua orang islam atau mungkin AJK surau.yang pertama berkata, "si mati tu pernah dtg surau tak? kalo tak pernah datang surau aku malas nak pergi tahlil tu" pergh..macam itu punya orang pun ada.orang ke dua ku hubungi masih di pejabat dan katanya kalau sempat dia akan hadir.selepas aku mengambil no telefon lelaki berantai emas itu, aku pulang dan singgah jiran hadapan rumah ku seorang melayu dan terus menyatakan hajat lelaki tadi.jiranku menjawap, "masa bapak dia meninggal ada bagi tahu kita tak? time nak buat tahlil baru cari orang keliling.tapi tidak mengapa, saya akan hadir"

sebenarnya sambil saya menaip artikel ini, saya sedang membaiki sebuah komputer.tuan punya kata ada masalah tapi dia pun tak tau ape masalah sebenarnya.dia menyuruh saya baiki saja apa yang bermasalah.sesudah masuk ke window, 3 anti virus jalan serentak
dan semuanya mengesan virus.saya cuba masuk ke control panel untuk uninstall antivirus yang semuanya versi percubaan namun application fail to open.missing null file bla bla bla.. adus..berat masalah ni.dari nama virus itu aku sudah mengetahui dari mana datangnya masalah ini kalo tidak dari laman porno.

kesimpulannya, itulah minda, perangai dan masalah masyarakat melayu moden masa kini.anda nilailah sendiri semua ini.

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, May 19, 2008

cameron highland

A nice trip to Cameron Highland after final exam semester 3.tolong percaya ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana sepanjang umur hidup aku.antara faktornya ialah aku tidak suka mengikuti rombongan sekolah aku dulu di perak untuk pergi melawat tempat-tempat seperti ini. hehehe

10 Mei - 12 Mei..
kuala woh (mandi air terun-serius lama gila tak mandi air terjun)

team_cameron03edited

puncak arabella..

team_cameron14

ladang strawberi (petik buah sendiri,sedap makan dengan coklat, madu atau whip)
team_cameron20

puncak cameron highland..

team_cameron41

kea farm (membeli-belah sayuran)

team_cameron08

kilang dan ladang teh boh (naik sampai puncak ladang dengan jalan kaki dari kilang dia,penat gila dan membeli-belah teh-teh)

team_cameron33

Klik untuk baca selanjutnya

Monday, May 5, 2008

Update on CCNA 3 version 4 and RAMs

CCNA Exploration: LAN Switching and Wireless (Version 4.0) final question and answers...here are the link.

final CCNA 3 version 4

the other previous chapter questions n answers, plz refer to the post below..
ccna 3 version 4

RAMs 4 sale...
DDR2 512MB SODIMM 667Mz Kingston(for laptop) = RM25(cheap!)
DDR2 1GB SODIMM 667Mz Kingston(for laptop) = RM50(cheap!)
DDR1 256MB Pc133 Kingston(for desktop) = RM35(2 units!)
512MB micro sd nokia standard memory = RM20
256MB flash card kingmax = RM25

price can nego..
COD area klang valley, and post.the price are excluding the post charge.

plz drop your comment. :) TQ!

Klik untuk baca selanjutnya

Wednesday, April 30, 2008

Harmonic May Rockestra








wah...ada Butterfingers, Couple, Muck..etc... ada di antara band yang perform ini gua sudah layan sejak sekolah menengah lagi...
oleh itu..diharapkan gua dapat pergi menggantikan rock the world yang sudah ditamatkan perkhidmatannya. :(
gua sebenarnya dah lama tidak berkunjung ke gig-gig yang dianjurkan oleh penggiat seni tempatan bawah tanah disebabkan oleh gua rasa gua sudah cukup puas berkelana di arena gig ini.selain gua rasa kekurangan wang.cukuplah sekadar memerhatikan gelagat 'newcomer' ataupun 'oldtimer'.gua hanya layan lagu-lagu indipendent ini di winamp ataupun nokia express music 5610 gua sahaja.oleh itu gua kira qada' semua gig-gig itu dengan rock the world di hujung tahun.malangnya, ura-ura mengatakan rock the world sudah dijual.tidak dapat dipastikan kesahihannya.

maka dengan itu, gua ingat ingin pergi menyaksikan gig ini.terdapat beberapa sebab selain tiada lagi rock the world iaitu butterfingers bakal release album baru dan single buttergfingers pun gua dah muat turun. :) selain itu, gua mahu lepaskan tekanan final exam semester ini yang bakal berakhir 8 May. :)

berkenaan flyers soilwork pula, saja gua post untuk tatapan umum.lagu dia boleh tahan juga seperti No More Angels dan Distortion Sleep.jumpa anda di sana!

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, April 26, 2008

malang tidak berbau

siang tadi sepergian aku ke UniKL untuk menghantar tugasan akhir, aku telah menyaksikan 2 kemalangan maut yang melibatkan di antara kereta dan motosikal. kemalangan pertama berlaku di jalan bangsar berhampiran TNB dalam perjalanan pergi manakala kemalangan ke dua berlaku dalam perjalanan pulang di lebuh raya perseketuan selepas plaza tol batu tiga berhampiran kilang carlsberg. ke dua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian.penumpang kereta terselamat.sepanjang perjalanan, fikiranku menerawang memikirkan apakah nasib keluarga simati, isteri atau anak-anak dan juga perasaan bersalah bagi pihak yang melanggar.jika mangsa merupakan tempat bergantung kepada keluarganya, bagaimanakah mereka mahu mengharungi hidup yang akan datang?

laporan akhbar di harian metro

kemalangan ini telah memberi impak yang besar kepada diriku kerana selepas kemalangan itu aku terasa insaf dan terus membawa motosikal ku dengan perlahan. di dalam mindaku tertanya-tanya siapakah yang bersalah. dalam kejadian di federeal highway... semestinya penunggang motosikal yang bersalah kerana tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan. namun setelah menonton buletin utama tadi didapati juga penunggang motosikal bersalah dalam kejadian di bangsar kerana membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya.

dimanakah kesilapan dan apakah punca kepada kemalangan ini? adakah disebabkan sikap dan etika pemandu atau disebabkan infrastruktur jalan raya di Malaysia ini? adakah penunggang motosikal masih menjadi sebab utama kepada kemalangan jalan raya? atau disebabkan oleh kelemahan undang-undang jalan raya di negara kita? persoalan-persoalan ini perlu dirungkai dan dicari jalan penyelesaiannya untuk mengurangkan kadar maut bila kemalangan jalan raya berlaku seterusnya mengurangkan statistik kecelakaan jalan raya.tambah merunsingkan lagi bila tibanya musim perayaan.

alangkah indahnya pemanduan jika semua manusia berhemah di jalan raya yang pastinya dapat mengelakkan kemalangan.memandu tidak boleh mementingkan diri sendiri, harus bersabar dan bertolak ansur.jika mahu membelok atau mengubah haluan, nyalakan isyarat, pastikan lihat cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang.bukan semborono belok sahaja.perkara ini sering aku alami kerana selalunya penunggang motosikal yang akan menjadi mangsa.tumpukan perhatian dan bertenang semasa memandu.satu kajian pernah dijalankan di mana seseorg itu berpewatakan mulia jika di luar kenderaan tetapi berubah menjadi ganas dan pemarah jika di atas jalan raya.puncanya kerana stress menghadapi karenah kurang ajar pemandu lain dan kesesakan jalan raya.satu kajian lain juga membuktikan tiga punca stress dikalangan warga kota ialah yang pertama kerana tertekan memandu akibat kesesakan lalu lintas dan sikap kurang ajar pemandu lain. ke dua ialah ketagihan alkohol dan ke tiga ialah...maaf saya terlupa.

baru-baru ini kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang.diharapkan undang-undang ini dapat memberi impak positif dalam usaha menurunkan statistik kemalangan maut.namun, yang menyedihkan setelah kita berhati-hati tetapi kita tetap dilanggar disebabkan sikap kurang ajar segelintir pemandu lain.memang takdir tuhan, ajal maut di tangan tuhan, tetapi mana tahu dengan seluruh kekuasaan yang ada pada Allah s.w.t, dgn rahmatnya disebabkan sikap sopan santun kita Dia dapat memanjangkan umur kita.dalam keadaan kita yang belum tahu sama ada kita sudah bersedia untuk menemuiNya, tiba-tiba maut dalam kemalangan apalah nasib kita di alam barzakh sana.oleh itu, kesimpulannya berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan ingatlah maut tidak mengenal waktu dan usia.

Klik untuk baca selanjutnya

Wednesday, April 23, 2008

ccna 3 version 4

last evening was my final online test cisco.CCNA Exploration: LAN Switching and Wireless (Version 4.0). sgt susah giler o0o..

the result 39.3%..haha

pe nk jd ni.. byk gk yg xtau td..mcm VLAN trunking protocol(VTP), spanning tree protocol, nk configure switch layer 2 and 3..all the commands..
nmpk gayenyer kene byk studi lg ni.. :D

test2 chapter b4 this pn x bape baik..so atas belas ihsan aku upload print screen utk 'cheat code' atau lebih tepatnyer question and answers for CCNA Exploration: LAN Switching and Wireless (Version 4.0) every chapter.not all the answers are correct.hehe here are the link.

chp 1
chp 2
chp 3
chp 4
chp 5
chp 6
chp 7a
chp 7b

Klik untuk baca selanjutnya

Saturday, April 19, 2008

for sale


256MB DDR1 kingston pc133 - 2units = RM40 per piece
512MB DDR2 hynixx 667mhz for laptop = RM40
1GB DDR2 kingston 667mhz for laptop = RM70
256MB flash card kingmax = RM25
lite on CDRW = RM35
80GB hard disk IDE western digital = RM55
ATX power casing with power supply, 2 small fan = RM50
AMD sempron super powerful processor 0.9GHZ = RM90
nvidia AGP grafik kad 256MB = RM50
1 set Pc pentium 3 + monitor acer 15" + keyboard + mouse = RM200
sata, IDE cable = RM4 only!! (many units!)
power cable for PC(w/o fuse) = RM8 (many units!)


reason 4 sale = cleaning my room.
priced can nego.
COD klang valley area.

Klik untuk baca selanjutnya

survey jumlah blog di muka bumi ini..




million blog list ni bertujuan untuk survey berapa blog yg wujud di dunia ni..
so sesiapa yang ada blog, boleh la register blog anda disini..

tujuannya kurang pasti selain dari untuk membuktikan adakah benar wujud sebanyak 70, 000 000 blog di alam maya ini.. my blog was listed on #642..

boleh la support usaha diorg ni selain tingkatkn traffic anda...hehe

Klik untuk baca selanjutnya

global warming

apakah global warming? global warming mengikut yg di'define'kan oleh kawan karib saya merangkap salah seorg guru sy iaitu incik google ialah "an increase of the earth's temperature by a few degrees resulting in an increase in the volume of water which contributes to sea-level rise" - (www.nwrc.usgs.gov/fringe/glossary.html) atau, An increase in the near surface temperature of the Earth. Global warming has occurred in the distant past as the result of natural influences, but the term is most often used to refer to the warming predicted to occur as a result of increased emissions of greenhouse gases. - (www.evomarkets.com/ghg_glossary.html)atau dalam bahasa kebangsaannya ialah pemanasan global.hehe

istilah ini timbul sejak kebelakangan ini. bagaimana ia timbul? semestinya setelah manusia merasai kesan yang pelik seperti kemarau, banjir, tsunami dan sebagainya. bagaimana ia berlaku? secara khususnya malas saya hendak terangkan di sini dengan susah payah, justeru dengan senang lenangnya atau secara umumnya mestilah disebabkan tangan manusia yang mengakibatkan pencemaran udara dan air, penggunaan sumber semula jadi tanpa kawalan seperti menggondolkan bukit, dan
pembangunan tidak terancang.

kesan paling teruk yang sedang dirasai sekarang ialah lembah klang sering dilanda hujan yang tersangat lebat, terutama waktu petang. hujan yang turun dengan lebat secara tiba-tiba... ini meresahkan segenap lapisan warga kota dari golongan pekerja bawahan sehinggalah atasan termasuklah saya seorang pelajar yang berulang-alik ke kelas setiap hari. itu belum lagi disusuli banjir kilat di sekitar KL. bagi mereka peniaga pasar malam yang rata-ratanya mula beroperasi waktu petang, hujan seolah menyebabkan periuk nasi mereka terjejas. bagi golongan bermotosikal seperti despatch, posmen dan saya, hujan sedikit sebanyak mengganggu rutin harian dan urusan kita. begitu juga golongan kelas atasan, hujan menyebabkan jalan sesak, perjalanan seperti menemui client terlambat lantas boleh menyebabkan kerugian akibat urusan perniagaan itu dibatalkan. tidak dinafikan hujan merupakan rahmat dari tuhan, tapi Allah itu maha berkuasa, rahmatNya boleh ditukar menjadi bala jika manusia tidak pernah mensyukurinya.

jadi apakah tindakan kita? sekali lagi malas saya 'detail'kan kerana anda sedia maklum apakah tindakan yang sewajarnya diambil. cuma di sini saya ingin menyuarakan beberapa tindakan yang sepatutnya diambil oleh beberapa syarikat2 multinasional kerana mereka inilah antara penyumbang terbesar kepada ketidakseimbangan ekosistem. pertama, bagi syarikat2 yang menghantar bil kepada pelanggan seperti syarikat telekomunikasi, saya mencadangkan agar menghentikan penghantaran bil secara manual, sebaliknya hantar secara online terus ke emel pelanggan.dengan ini dapat menjimatkan kertas, justeru dapat menyelamatkan pokok2 dari ditebang. saya merupakan pelanggan celcom pasca bayar, saya menerima bil minimum purata 8 helai yang mengandungi rekod panggilan dan sms.sudah tentu kita banyak bersms, jadi anda bayangkanlah untuk rekod sms sahaja sudah menggunakan 4 ke 5 helai. bagi saya rekod sms ini tidak penting.

selain itu banyak lagi tindakan yang boleh diambil oleh kita seperti kitar semula, menjaga kebersihan alam sekitar, pembangunan yang terancang oleh pihak kerajaan dan menyokong kempen2 berkaitan alam sekitar. walaubagaimana pun, walaupun pelbagai tindakan dirangka tapi tidak dikuatkuasakan atau dilaksanakan, ironinya tiada apa2 pemulihan atau penambahbaikan dapat dicapai oleh manusia sejagat.

Klik untuk baca selanjutnya

Friday, April 18, 2008

adakah negara akan bankrap jika harga minyak diturunkan?

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global.Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak
diturunkan..
Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?
Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM
12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b. Ini
adalah kenaikan dana RM12.82 billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana
tersebut pasti lebih tinggi.
Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara
rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat
minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.
Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.
Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama. Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak
650 000 sehari. Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.
Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan. Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000. Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.
Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29 billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah. Bohong tak bohong.
Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.
Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter. Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna
penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion. Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?
Pembabitan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)
Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya? Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.
Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara...
RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.... ...

Klik untuk baca selanjutnya

surfjunkey dan yg sewaktu dgnnya itu spam

mingu ni je dah dkt 20 msg fwd dlm inbox aku..dulu pnh top gk psl mende ni,pastu syp jap.skang naik blk.psl bende bodow ni:

http://www.surfjunky.com

surfjunky ni scam.....cari la info sblm post ape2....

ni bukti die scam:

http://merkey.net/surfjunky/

nah byk lagi bukti:

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=surfjunky+scam&btnG=Google+Search&meta=

korg tau x pktn "muak"?

pktn tu mgambarkn btapa lemahnyer org yg anto msg fwd tu....

mmg la free kalo nk join...letak kt buletin xbole ke?nape prlu PM?

kt situ je dh tserlah diri tu lemah.....kalo anto kt buletin sume org bole bace... kalo PM?nk anto kt 100 org dgn 100 klik berbanding buletin sekali
klik...

sblm nk join tu....tgk la bnde tu scam ke tidak...buat penat korg sign up je....pstu byk la spam dlm email korg...sbb korg sndri yg anto alamt email ko kt web scam tu..dierg ni bijak...email user tu die kumpul anto kt web lain spy die bole anto msg spam byk2....

korg bygkn bile bkk FS ade msg dlm inbox...msti hepi kn..tgk2 bile bkk je msg FWD...ape prsn korg? msti girang n riang ria...btol x?

so...pk2 la...jgn anto lg msg2 yg ntah pape...win-win situation la wei..korg x penat anto fwd msg...aku pon xpnt nk delete msg tu...

yg aku pelik yg anta msg tu xnk lak studi kt oversea la,IPTA2 tempatan yg gah..amek kos power2..engin,medic, law etc tp xleh nk pk pjg..sape nk bg duit free? bill gates dgn donald trump pn kalo leh xnk bg duit free kt korg..

so..jd budak cerdik...jgn jd sengal anto msg cmni:

__________________________________

> > Adakah KORANG menggunakan internet sekarang?
> >
> > Peluang baik bagi mereka yang kerap 'surf' internet.
> >
> > JANGAN BAZIRKAN BIL TMNET DAN STREAMYX atau duit bayar CC...
> >
> > Kita cuba buat duit jugak disamping kita berbelanja.
> >
> > Inilah dipanggil situasi win-win.Program ini PERCUMA 100%
> >
> > BAYANGKAN...Anda akan dibayar setiap 15 hb…………
> >
> > BAGAIMANA CARANYA ???
> >
> > FIKIRKAN:
> > Andaikan kita perlukan masa 1 jam untuk berfikir tentang projek ini, korang masih belum mendapat apa-apa, tetapi dalam masa 1 jam itu saya dah dapat RM1.63.

> > Nak tau macamana? Buka web bawah ni..
> >
http://www.surfjunky.com/?r=budakpalingbodohdankenetipu


>
> > KORANG cuma perlu:
> > 1.Sign up (percuma)
> > 2.Log in
> > 3.Klik pada bahagian "EARN MONEY"
> > 4.Click pada bahagian "Click Here To
> > Start Surf Junky Browser"
> > 5.Biarkan Program ini BUAT DUIT UNTUK
> > KORANG.
> > 6.Klik pada bahagian "STATISTIK" untuk
> > mengetahui jumlah wang korang.
> >
> > Senang aje..tak perlu risau...tanpa risiko..
> > cuma kita aje lah yang perlu jujur dalam mem'promot'kan website ni.
> > Kita dibayar sebab kita 'promot' orang lain surf web dia..Itu aje.
> > Jadi,apa salahnya kalau kita buat macamtu kan??
> >
> > TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
> > TAK RUGI APA-APA...!!
> >
> > kita dibayar USD$0.45 (RM1.63 - ikut currency sekarang bagi setiap jam program ini berjalan).
> > Bermakna anda boleh dapat sehingga RM41.04 sehari
> > (RM1.63x24=RM39. 12). Ini bermakna sebulan kita boleh dapat sehingga RM39.12x 30 = RM1173.60.
> >
> > Boleh tahan gak kan..fikirlah.
> > Duit FREE, ambik je laa...
> >
> > Cek akan dihantar kepada nama dan alamat yang kita isikan sewaktu sign up.
> > Oleh itu sila tulis nama dan alamat korang dengan lengkap dan betul...
> >
> > SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!!
> > CUBA DAHULU....
> > TAK RUGI...
> > TAKDE KELUAR MODAL...
> >
> > Ingat,sebelum dapat duit, kita memang kena usaha dulu..dan dalam bisnes yang ini,
> > kita perlu usaha untuk promotekan web yang kat atas tu aje
> >
> > p/s gune internet explorer
_______________________________________
p/s:taken from zool technology.crdt to
him cos ade usaha sedarkan org ramai.aku
da edit sket2.

Klik untuk baca selanjutnya

DIALOG ROH ALAM BARZAH by Zakaria Bidin

DIALOG ROH ALAM BARZAH by Zakaria Bidin

Ni bukan sajak kurafat, Ini seni yang maha halus.
Satira yang berkesan, dan diungkap dengan indah sekali.
Sila baca, dan kreditnya haruslah ke penulis asal, Zakaria Bidin.


DIALOG ROH ALAM BARZAH

Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.

Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Dia bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: "ada la sikit-sikit untung."
Tun Razak tersenyum dan mereka ber'shake hand-shake hand.'

Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: "itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang."

Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairy.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
"Lee sudah mati ka!" kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma....
Dia macam-macam tahu.

Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: "entah, aku pun tak tahu."
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku"
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.
Lim Goh Tong tanya: "sapa tu?"
Tun Razak jawab: "Name Tag dia tulis Jibril tu."
Tunku kata: "Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar"
P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu... atau ringasnya
JIBLIJAMBUKA
Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.

(HakCipta Terpelihara oleh Zakaria Bidin dan telah di deklamasikan pertama kalinya Pada 17hb November 2007 di Malam Mentera Puisi anjuran Warga Prihatin Prima di Lorong Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.)

once again thnx to incik moses...beliau sungguh update!
taken from http://mosesmouse.blogs.friendster.com/refer_to_moses/2007/11/dialog_roh_alam.htm

Klik untuk baca selanjutnya

Islam Melayu by Hishamuddin Rais

Yang dibawah ini adalah artikel tulisan Hishamuddin Rais yang saya fikir, mempunyai isi yang bagus untuk kita fikir-fikirkan. Mungkin akan ada yang bersetuju atau tidak, tetapi saya amat berharap anda dapat membaca hingga ke noktah terakhir artikel ini.

Islam Melayu - Hishamuddin Rais
May 7th, 2007

Pada hari ini di Malaysia, jika saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang
beragama Islam, tidak mungkin saya akan menukar agama saya untuk menjadi
penganut agama Islam. Apa yang sedang saya lihat berlaku sekarang tidak
meyakinkan saya bahawa agama Islam yang diguna pakai di Malaysia ini adalah
agama kesejahteraan, keharmonian dan agama kasih sayang.


Pandangan saya ini berlandaskan apa yang sedang saya perhatikan berlaku
terhadap agama Islam di dalam dan di luar negara. Banyak pekara yang saya
lihat meyakinkan saya bahawa agama Islam yang wujud di Malaysia hari ini
bukan lagi satu agama yang berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim
yang menjadi tunggak Islam telah dihilangkan.

Saya melihat negara-negara yang mengakui bahawa daulah mereka adalah daulah
Islamiah , kesemuanya sedang diperintah oleh regim yang ganas-ganas lagi
zalim. Dari Morokko hingga ke Indonesia, dari apa yang saya baca,
menunjukkan bahawa tidak ada satu pun daulah Islamiah ini yang dapat
memberikan contoh-contoh terbaik untuk dijadikan ikutan umat manusia.

Pakistan pada tahun 1947 telah diwujudkan atas dasar negara agama Islam. Di
atas nama suci agama ahli-ahli peniaga Islam secara licik telah memecahkan
benua Bharat untuk melahirkan Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Lihat apa
akhirnya terjadi - mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri; hingga ke hari
ini masih dirasakan porak perandanya. Pakistan Timur menjadi Bangladesh.
Pakistan Barat terus dibawah junta tentera. Saya tidak nampak ciri-ciri
keIslaman didalam kedua-dua negara yang mengakui berasaskan Islam.

Lihat pula di negara tempat kelahiran agama Islam – Saudi Arabia. Saya
tidak nampak satu yang positif lahir dari negara ini dalam hal penyusunan
kemasyarakatan warganya, walaupun ianya sebuah negara yang amat kaya. Bukan
sahaja negara ini tidak pernah mengamalkan sistem pemilihan pimpinan secara
demokratik, kita juga perlu bertanya dari lubang mananya munculnya sistem
feudal Raja ini. Walhal ketika Nabi Muhamad wafat dahulu tidak pun wujud
salasilah Raja Bani Saud. Hari ini Saudi Arabia memiliki rekod anti ruang
demokrasi yang paling buruk dalam dunia.

Kehidupan warga Saudi dilihat oleh warga dunia sebagai paradoks, schizo dan
bahan lucuan. Warga Saudi yang kaya sering berulang alik ke negara-negara
yang mereka cap sebagai negara kafir. Mereka berbuat demikian untuk
menikmati kehidupan yang lebih selesa dan merasa udara yang lebih segar
untuk bernafas. Malah ramai pula yang terus membeli tempat tinggal dan
menetap di negara-negara kafir ini. Dalam negara kafir inilah baru mereka
dapat merasakan apa itu ruang demokrasi.

Dalam negara kita di Malaysia ini saya perhatikan kefahaman tentang Islam
sebagai satu agama wahyu semakin merosot. Islam yang wujud di Malaysia ini
ialah Islam yang telah di-Melayukan oleh dua parti politik Melayu –
UMNO dan PAS. Inilah Islam yang sedang saya perhatikan dari sehari ke sehari
semakin tidak rasional dan semakin membawa umatnya ke Zaman Kegelapan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah Islam yang kita lihat bergerak,
dipakai dan digunakan di Malaysia, bukan Islam yang terawang-awang atau
Islam yang diharap-harapkan. Bukan Islam yang keluar dari mulut para
pendakwah Melayu Islam. Bukan cakap-cakap yang muluk-muluk tentang Islam
tetapi Islam yang beroperasi disekeliling kita. Islam yang wujud di
Malaysia pada ketika ini sedang dijadikan alat politik oleh kedua-dua parti
ini. Mempolitikkan agama dalam negara kita ini untuk saya telah sampai ke
tahap yang lucah.

Cuba kita renungkan berita tentang keinginan masyarakat Islam Cina Malaysia
yang ingin mendirikan masjid mereka sendiri. Permintaan ini telah ditolak.
Apa rasional di belakang penolakan ini. Saya merasakan ianya ditolak kerana
Islam di Malaysia ini wajib dilihat sebagai satu agama yang hanya dibenarkan
dimonopoli oleh orang Melayu.

Bukankah lebih baik khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa yang difahami
untuk dihayati oleh para jemaah. Permintaan mereka untuk saya adalah tanda
kecintaan mereka terhadap agama Islam. Mereka ingin menjadi penganut Islam
yang soleh. Khutbah dari Imam bertujuan untuk berkomunikasi. Dalam bahasa
apa pun khutbah boleh disampaikan. Tidak mungkin Yang Maha Esa tidak
memahami bahasa Mandarin atau bahasa Swedish.

Masyarakat Melayu perlu diberitahu bahawa di Tanah Besar Cina penganut agama
Islam lebih besar jumlahnya dari yang wujud di Malaysia. Malah agama Islam
telah sampai lebih awal ke negara China sebelum agama ini datang ke Melaka
pada tahun 1404.

Ada pihak yang mempertikaikan reka bentuk masjid yang akan didirikan mungkin
berciri ke-Cinaan. Jika ini hasilnya maka kita seharusnya bangga untuk
sama-sama merayakan kepelbagian upaya umat manusia dalam penggunakan bahasa
visual untuk mengagungkan Yang Maha Esa.

Juga, jangan lupa untuk pergi ke Melaka untuk menyaksikan betapa indahnya
masjid-masjid Islam awal yang didirikan ratusan tahun dahulu sebelum agama
Islam ini dipolitikkan dan di-Melayukan. Masjid-masjid tua di Melaka ini
memiliki ciri-ciri seni bina Tiongkok.

Akhir-akhir ini timbul satu lagi kes yang paling mendukacitakan saya. Kes
Raimah Bibi Nordin yang dikatakan telah berkahwin dengan lelaki yang bukan
seagaman dengannya sehingga mendapat 7 orang anak. Raimah Bibi telah ditahan
dan kini terpaksa berpisah dengan anak dan suaminya. Berita yang
mendukacitakan ini telah menjadi berita dunia.

Dari apa yang saya baca keluarga ini terdiri dari keluarga yang miskin.
Drama keluarga miskin ini menjadi lucah apabila Islam Melayu campur tangan.
Lembaga-lembaga Islam Melayu ini bukan melihat kemiskinan ini sebagai
masalah yang dihadapai oleh keluarga ini. Islam Melayu ini hanya berjaya
melihat bahawa Raimah Bibi ini wajib dipisahkan dan diselamatkan dari
keluarganya yang mereka dianggap kaffir. Ayah yang namanya P.Marimuthu dan
tujuh orang anak-anak ini tidak perlu dibantu kerana mereka Hindu, yang
perlu diselamatkan hanya Raimah. Inilah contoh terbaik keupayaan fikrah
Islam Melayu dalam pemahaman mereka terhadap Islam.

Dalam kes Raimah Bibi ini saya tidak nampak Islam yang Ya Rahman dan Ya
Rahim. Dalam kes ini saya tidak dapat melihat Islam yang diwar-warkan
sebagai agama yang menganjurkan kasih sayang sesama manusia. Dalam kes ini
saya tidak nampak kesucian Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhamad terhadap
umat manusia. Apa yang saya lihat hanyalah Islam Melayu yang bagitu merosot
sekali akal fikrah mereka.

Apakah tidak sampai ke dalam benak pegawai lembaga-lembaga Islam Melayu ini
bahawa memisahkan anak, ibu dan ayah itu adalah zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Apakah tidak mereka dapat menemui ayat-ayat di dalam
kitab suci Al-Quran yang menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.
Tidakkah mereka menyedari bahawa tiga per empat dari semua ayat-ayat
Al-Quran itu adalah tuntutan Yang Maha Esa agar kita membuat kebajikan
kepada umat manusia. Berbuat baik itu adalah tuntutan agama Islam.

Agama apa pun dalam dunia ini yang dipolitikkan tidak akan membawa apa-apa
manfaat kepada umat manusia.Hari ini saya melihat bahawa lembaga-lembaga
Islam Melayu yang sedang dipolitikkan ini telah mengambil alih tempat Yang
Maha Esa. Mereka bergerak seolah-olah mereka adalah wakil Tuhan yang kudus
di atas muka bumi ini. Hasilnya, apa yang sering kita dengar dari mulut
mereka ialah – tangkap, rotan, sebat, hukum dan api neraka.

Kepada mereka yang bukan beragama Islam, saya memahami kesangsian mereka
terhadap Islam. Apa yang kita lihat ini, untuk saya bukanlah Islam yang
disampaikan oleh Muhamad bin Abdullah. Ianya juga bukan Islam Al-Farabi,
Ibnu Rushd atau Ibnu Sinna.

Islam yang dikembangkan oleh Al-Farabi, Ibnu Rushd dan Ibnu Sinna adalah
Islam rasional, Islam ilmuan. Isalam inilah yang telah mempengaruhi
pemikir-pemikir Katholik dan Judaism di Eropah. Islam ilmuan jenis inilah
yang menjana fikrah para Rabbai dan para Paderi untuk mengenepikan Zaman
Gelap (Dark Ages) Eropah dan membuka Zaman Pencerahaan (Renaissance) untuk
umat manusia.

notes:- taken from = http://mosesmouse.blogs.friendster.com/refer_to_moses/2007/05/islam_melayu_by.html

credit to incik moses..
:)

Klik untuk baca selanjutnya