Tuesday, June 17, 2008

suatu pagi yang indah, 10 tahun sebelum merdeka.

hari ini bangun awal.dgn kata lain tidak tidur semula selepas subuh.ade hadis kata kalau tidur lepas subuh rezeki sempit.mudah-mudahan rezeki ku hari ini luas terbentang depan mata.insyaAllah.

perkara pertama ku lakukan pagi ini ialah menghadap laptop ku yang lupa ditutup semalam.balas mesej2 di YM dan Myspace selepas aku tertidur malam tadi.buka Utorrent, oh, filem Spiderwick aku sudah siap dimuat turun.winamp versi terbaru iaitu versi 553 juga sudah siap dimuat turun.terus ku buang winamp lama dan isikan yang baru ke dalam program fail aku.kerana aku menghadapi masalah windows akan tutup winamp automatik bila aku dihubungkan ke internet(online).kalau tidak sambung ke internet(offline), tiada masalah.penyelesaiannya ialah kemas kini winamp versi terbaru.selepas itu, pindah fail dan folder di desktop ku yang semak.dengan kata lain kemas kini.cadangnya nak tonton spiderwick, tapi laparlah pula..oleh itu pergi sarapan dulu.tidak layan tonton filem dalam keadaan lapar.

sarapan.sedap.sudah kenyang masuk bilik semula tapi masih tidak jadi menonton spiderwick sebab aku terjumpa satu benda menarik di Myspace.sebuah filem juga, tapi filem pendek dengan kata lain dokumentari selama 32 minit.dokumentari yang ku jumpa di halaman www.myspace.com/10tahun ini merupakan sebuah dokumentari berkisar tentang perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi tidak pernah diketahui oleh masyarakat umum.aku sendiri pun tidak tahu di sebalik perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO dan sekutunya seperti dipelajari dalam buku teks sejarah sekolah, rupanya terselit satu lagi perjuangan yang ku nilai lagi suci.

setelah melayari Myspace dengan lebih jauh, aku pun menjumpai blog kepunyaan krew yang bikin dokumentari itu.banyak info yang aku dapat dari sudut sejarah di situ.aku sudah letak alamatnya di ruangan blog ke blog di blog ini.sedikit sebanyak semangat patriotisme aku meningkat dan kesedaran untuk mempertahankan negara dan membela bangsa sendiri menjulang tinggi.



oh..lupa baju di mesin basuh.lepas ini mahu telefon operator maybank2u.kata laluan ku di maybank2u terlupa.banyak bayaran nak kena pindah ke akaun-akaun lain.adoi... lepas ini mahu ke pejabat pos.lepas itu terus ke pejabat mencari sesuap rezeki.sekian.

No comments: