Sunday, July 6, 2008

sukarnya mahu kemaskini blog sejak kebelakangan ni.kesukaran mencari masa terluang dek kesibukan mencari keperluan ekonomi dan memenuhi beberapa permintaan duniawi sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
aku ada coretan dari aktiviti di Bagan Lalang, Sepang dan Pulau Pangkor bulan lepas untuk dimuatkan namun masa amat mencemburui aku.tunggulah sedikit masa lagi.
namun disini aku cuba untuk menconteng serba sedikit tentang sikap rakyat Malaysia.sebenarnya ini ialah rumusan dari kunjungan aku ke Berjaya Times Square Convention Center tempoh hari bermula dari perjalanan pergi, di Times Square sehinggalah pulang.

Sikap rakyat Malaysia:

1. Memandu dengan terlalu perlahan di lorong paling kanan.
2. Malas untuk letak kereta jauh-jauh dari tempat hendak dituju.nak juga letak kereta betul-betul depan permis yang tempatnya sudah penuh sehingga jadi 'double parking' menyebabkan trafik sesak.
3. Membuang resit ATM merata-rata sekitar mesin ATM.kalau tak nak resit tu, tekan menu 'TIDAK' pada pertanyaan 'Adakah anda mahu penyata?'
4. Culas menggunakan tandas awam.seperti tidak meletakkan semula hos paip di tempat gantungnya, guna tandas awam sehingga basah keseluruhan tandas.menjijikkan.
5. Suka berhenti bersembang bila terserempak dengan orang yang dikenali di depan lif atau eskalator.menyebabkan kesukaran pergerakan orang lain.pergilah ke tempat lain untuk bersembang.
6. Susahnya nak bagi laluan kepada orang lain di jalan raya.tidak nampak ke papan tanda "Beri Laluan" atau dalam bahasa inggerisnya "Give Way"? ke memang tidak menyedari langsung papan tanda tersebut?

Sekian.

No comments: