Saturday, July 12, 2008

jika kau...

jika kau melantak di nandos, aku sekadar menjamah di kedai laila kg baru...
jika kau bersantai di starbucks, aku pula hanya mampu di kedai mamak...
jika kau berpeleseran di Pavilion, aku pula berlegar-legar di Imbi mencari alat ganti komputer pelanggan ku...
jika kau melepak selepas habis kelas, aku pula berkejar ke pejabat untuk kerja sambilan ku...
jika kau ke hulu ke hilir berhawa dingin kereta, aku pula berpanas hujan atas kapcai ku...
jika kau mengajak rakan mu membeli belah, aku pula mengajak rakan ku pulang ke rumah..
jika kau sedang bermaksiat dengan kekasih, aku pula di hadapan komputer usang ku mencari info-info berguna...
jika kau menonton wayang di Cineleisure, aku pula memuat turun filem dari internet...
jika kau sedang terkinja-kinja di kelab malam, aku pula bertungkus lumus mencari pendapatan sampingan...
jika kau bertukar posisi dengan ku, aku pula cuba menenangkan kamu dan berkata hidup tidak semestinya di atas selalu...maka beringatlah!
jika kau jadi seperti aku, barulah kau tahu apa yang aku rasa.namun sedarlah hakikatnya aku tidak mahu jadi seperti kamu yang bongkak.

2 comments:

k said...

kita adalah geek, itulah yg kita lakukan. katakan tidak kepada golongan peleser.

Anonymous said...

blh like x entry ni¿