terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada saya sama ada melalui sms, myspace ataupun friendster.ucapan anda amat dihargai.
tandanya anda merupakan sahabat yang sangat baik.mengingati diri ini.seikhlasnya, ucapan yang diterima semakin berkurangan.namun ada juga yang baru pertama kali mengucapkan kepada saya.sebenarnya, saya tidak kisah pun tentang ucapan ini, apa yang saya kisahkan adalah hadiah.hehe tidak,ikhlas sebenarnya.saya ingin memetik satu pepatah, "ikhlas itu ibarat seekor semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang gelap gelita". anda tafsirlah sendiri.
sudah lebih 20 tahun berpijak di bumi yang sementara ini.masih dalam perjalanan menuju ke destinasi tertentu.masih banyak perkara yang belum ditentukan oleh takdir.
aku berusaha ke arah itu sambil bertawakal kepada Yang Maha Kuasa.
syukur, kerana di usia yang meningkat dewasa ini aku masih dilimpahi rahmat dan nikmat pemberian Tuhan.sekurang-kurangnya nikmat iman kepada Yang Esa.selebihnya dikurniakan rezeki yang memadai, ilmu, dan sahabat yang menceriakan hidup ini.bercakap mengenai sahabat, enjoi gambar di bawah ini ya!
Thursday, July 17, 2008
17 July, 14 Rejab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat menjadi tua
Post a Comment