Tuesday, June 10, 2008

Iphone 3G sudah dilancarkan!

Yang ditunggu dan dinantikan oleh aku sudah tiba! Apple hari ini mengumumkan Iphone versi 3G sudah dilancarkan dengan beberapa ciri tambahan yang menarik berbanding versi terdahulu dan akan berada di pasaran pada 11 July ini.

Dengan ciri-ciri lebih kepada kegunaan di Asia, Iphone 3G ini didatangkan dengan kelajuan rangkaian 3G untuk memuat turun emel dan melayari web. malangnya, sedikit hampa kerana tiada ciri untuk panggilan video. Dengan kelengkapan wi-fi dan EDGE sedia ada, tambahan 3G menjadikan iphone lebih sesuai digunakan secara meluas di negara kita.jika tidak dapat wi-fi, boleh bertukar ke 3G, jika tidak dapat 3G, boleh bertukar ke EDGE.jika masih tidak dapat sambungan internet, maknanya anda mungkin berada di pedalaman. :)

Apple juga melengkapkan kecanggihan Iphone dengan menambah teknologi GPS untuk pengguna mencari peta.GPS ini boleh digunakan dengan rangkaian 3G. sila lawati web Apple untuk berita gembira ini.

No comments: