kuatkuasa esok petrol akan naik harga sebanyak 78 sen yakni rm2.70 seliter dan diesel naik rm1 kepada rm2.58 sen. rujuk di utusan untuk berita sedih ini
apakah yang cuba dilakukan kerajaan pimpian Pak Lah? apakah positif dan negatifnya kenaikan harga petrol ni?
kenyataan "rakyat masih terus menikmati subsidi akibat kenaikan harga bahan api ini" sungguh memedihkan hati aku. apakah mainan politik yang cuba dimainkan oleh kerajaan BN?
mungkinkah buka semester baru nanti wujud alasan baru untuk tidak datang ke kelas iaitu 'minyak naik harga, tak mampu isi minyak motor atau kereta'? hehehe...
kenaikan yang sungguh mendadak ini sudah tentu membebankan rakyat kelas sederhana dan miskin.apakah perasaan mereka? sudah pasti harga barang akan meningkat.
implikasinya aku rasa akan wujud 'riot' atau demonstrasi besar-besaran oleh rakyat. kesan seterusnya aku rasa anda semua sudah tahu, ramalan kerajaan Pak Lah akan terus dibenci ramai menjadi benar belaka. mungkinkah kerajaan BN akan tumbang?
seruan aku disebalik kenaikan drastik harga petrol ini, marilah kita ambil nilai-nilai positif seperti berjimat cermat dalam penggunaan petrol. cara-caranya menggunakan kenderaan awam,(boleh kurangkan global warming juga) kurangkan memandu kenderaan ke tempat-tempat kurang berfaedah seperti berdisko, melepak dan sebagainya, berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menggunakan motosikal ataupun menggunakan basikal seperti negara Jepun dan China.
Wednesday, June 4, 2008
petrol naik harga lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pak lah suh student skrg jgn pkai kete/moto. dia suh berakit-rakit ke tepian, bersenang-senang kemudian. ngeee~~~
lect aku ckp pekara ini hnye wt org 'benci' pak lah..election arituh dh 'huru-hara'..g naikkn petrol..cari bala je..huhu =p
Post a Comment