Monday, September 1, 2008

merdeka, ramadhan al mubarak

31 Ogos sudah berlalu.sudah 51 tahun negara kita bebas dari penjajah.alhamdulillah syukur aku dilahirkan di bumi bertuah ini.akan aku pertahankan ketuanan Malaysia.



dua tiga tahun lepas bila menjelang merdeka saja muncul di benak fikiran aku untuk 'overnight' countdown dan tengok bunga api lepas itu lepak sampai pagi.cara muda mudi menyambut kemerdekaan.tetapi tahun ini langsung tidak ada niat untuk melakukan seperti tahun2 lepas.kenapa ya? mungkinkah disebabkan faktor politik, kenaikan harga minyak dan sempena kedatangan ramadan?

lebih memburukkan lagi keadaan ada blogger yang mencadangkan mengibarkan jalur gemilang terbalik bagi menyampaikan mesej tertentu kepada kerajaan.walaubagaimana pun tidak dinafikan sambutan kemerdekaan tahun ini agak hambar.lihatlah di jalan raya dalam sepuluh kenderaan yang lalu hanya sebuah yang memasang jalur gemilang.mungkinkah orang ramai lebih menumpukan kepada sambutan ramadan? kalau macam itu alhamdulillah kerana bagi saya prioriti itu lebih kepada sambutan ramadan. :)

sehubungan itu, marilah kita sama-sama memperjuangkan erti kemerdekaan yang sebenar dan ahlan wasahlan ya ramadan.pulun2 pahala bulan ramadan ini.umur semakin lama semakin tua! faham-faham sendiri la yer!

No comments: