Saturday, August 16, 2008

melayu kuat melatah?

dua isu semasa iaitu forum memeluk islam oleh majlis peguam malaysia dan pembukaan kuota 10% di UiTM kepada bukan bumiputera berjaya merobek sekali lagi benteng kemarahan umat melayu.

forum memeluk islam yg dianjurkan oleh majlis peguam malaysia baru-baru ini bersifat kurang ajar kerana tidak menggunakan pendekatan yang diplomatik.walaupun terdapat bantahan, mereka tetap mahu menganjurkan forum tersebut malah dianjurkan dengan secepat mungkin tanpa perlu menunggu bantahan itu reda.dek kerana pengerusi majlis peguam malaysia itu seorg bukan islam maka pada awalnya di dalam kotak minda saya terus bersangka yang forum itu bertujuan untuk menghapuskan atau menggubal undang-undang berkenaan syariah.forum itu juga tidak mengutarakan apakah tajuk2 yang bakal diforumkan maka ini menimbulkan keresahan umat melayu islam.

namun setelah meneliti laporan akhbar arus perdana dan alternatif, dan blog2 saya berpendapat pihak majlis peguam malaysia cuba menangguk di air yang keruh di atas kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang.kerajaan sekarang dilihat sebagai lemah dan tidak tegas menangani isu2 berkaitan perkauman.saya bukanlah perkauman sangat, tapi kalau melibatkan isu berkaitan agama saya maka saya juga sensitif.sebenarnya ada pro dan kontra nya dalam isu ini.jika tajuk yang dibincangkan itu memudahkan penyelesaian berkaitan memeluk agama seperti isu murtad, maka hendaklah diberi laluan terhadap penganjuran forum tersebut.persoalan utama yg perlu dirungkai dari isu ini ialah berkaitan apakah tajuk yang penting untuk dibincangkan dan sensitiviti umat islam.

sesetengah pihak cuba melaungkan demokrasi yang bebas dan hak samarata kaum dan agama di negara ini.saya cuba memetik apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya bahawa keamanan di negara ini dicapai dengan persefahaman antara kaum.ketika era selepas Mei 1969, pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia telah bersetuju bahawa perkara-perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka. Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum akan berlaku.

berlainan pula dengan isu kuota 10% UiTM kepada bukan melayu yang dibangkitkan khalid ibrahim.pendapat peribadi saya bersetuju dengan cadangan khalid ini.akronim Universiti Ini Tolong Melayu(UiTM) patut diubah.atas faktor melayu selalu ditolonglah bangsa melayu lambat membangun.orang melayu mungkin tidak akan berdaya saing jika selalu diberi subsidi.di masa kini saya merasakan subsidi kepada orang melayu harus dikurangkan kerana ramai juga melayu yang sudah berjaya.bukan bermakna dihapuskan.saya bukanlah menyokong pakatan rakyat 100% dan saya juga tidak melihat kenyataan khaled ibrahim bermotifkan politik untuk memancing undi bukan melayu di pilihanraya permatang pauh.sudah sampai masanya untuk orang melayu berdikari sepenuhnya.nelayan melayu tidak akan turun ke laut jika tidak mendapat subsidi diesel, petani melayu tidak akan tanam padi jika tidak mendapat subsidi baja dan benih padi.dahulu pada zaman penjajah, british telah 'mind set' kan orang melayu akan menjadi nelayan dan petani, cina akan jadi peniaga dan india akan tinggal di estet, tapi dewasa kini kita melihat orang cina telah menjadi nelayan dan petani yang lebih maju dari melayu yang satu ketika dahulu memonopoli industri ini.

kenapa siswa Uitm perlu marah dan berdemonstrasi memprotes? kerana mereka perlu mengubah sikap menjadi siswa yang rajin, tidak malas, berdikari dan tidak perlu disuap segalanya.sepatutnya mereka menganggap kenyataan khaled sebagai satu cabaran dan pemangkin untuk mereka insaf menjadi melayu yang lebih 'power'.kenyataan khaled dalam berita harian
memberi contoh yang baik.

zaman dah berubah...sampai masa kita perlu melupakan perkara yang lepas dan mulakan perkara yang baru, atau menggubal sesuatu perkara untuk kemajuan.

No comments: