siang tadi sepergian aku ke UniKL untuk menghantar tugasan akhir, aku telah menyaksikan 2 kemalangan maut yang melibatkan di antara kereta dan motosikal. kemalangan pertama berlaku di jalan bangsar berhampiran TNB dalam perjalanan pergi manakala kemalangan ke dua berlaku dalam perjalanan pulang di lebuh raya perseketuan selepas plaza tol batu tiga berhampiran kilang carlsberg. ke dua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian.penumpang kereta terselamat.sepanjang perjalanan, fikiranku menerawang memikirkan apakah nasib keluarga simati, isteri atau anak-anak dan juga perasaan bersalah bagi pihak yang melanggar.jika mangsa merupakan tempat bergantung kepada keluarganya, bagaimanakah mereka mahu mengharungi hidup yang akan datang?
laporan akhbar di harian metro
kemalangan ini telah memberi impak yang besar kepada diriku kerana selepas kemalangan itu aku terasa insaf dan terus membawa motosikal ku dengan perlahan. di dalam mindaku tertanya-tanya siapakah yang bersalah. dalam kejadian di federeal highway... semestinya penunggang motosikal yang bersalah kerana tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan. namun setelah menonton buletin utama tadi didapati juga penunggang motosikal bersalah dalam kejadian di bangsar kerana membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya.
dimanakah kesilapan dan apakah punca kepada kemalangan ini? adakah disebabkan sikap dan etika pemandu atau disebabkan infrastruktur jalan raya di Malaysia ini? adakah penunggang motosikal masih menjadi sebab utama kepada kemalangan jalan raya? atau disebabkan oleh kelemahan undang-undang jalan raya di negara kita? persoalan-persoalan ini perlu dirungkai dan dicari jalan penyelesaiannya untuk mengurangkan kadar maut bila kemalangan jalan raya berlaku seterusnya mengurangkan statistik kecelakaan jalan raya.tambah merunsingkan lagi bila tibanya musim perayaan.
alangkah indahnya pemanduan jika semua manusia berhemah di jalan raya yang pastinya dapat mengelakkan kemalangan.memandu tidak boleh mementingkan diri sendiri, harus bersabar dan bertolak ansur.jika mahu membelok atau mengubah haluan, nyalakan isyarat, pastikan lihat cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang.bukan semborono belok sahaja.perkara ini sering aku alami kerana selalunya penunggang motosikal yang akan menjadi mangsa.tumpukan perhatian dan bertenang semasa memandu.satu kajian pernah dijalankan di mana seseorg itu berpewatakan mulia jika di luar kenderaan tetapi berubah menjadi ganas dan pemarah jika di atas jalan raya.puncanya kerana stress menghadapi karenah kurang ajar pemandu lain dan kesesakan jalan raya.satu kajian lain juga membuktikan tiga punca stress dikalangan warga kota ialah yang pertama kerana tertekan memandu akibat kesesakan lalu lintas dan sikap kurang ajar pemandu lain. ke dua ialah ketagihan alkohol dan ke tiga ialah...maaf saya terlupa.
baru-baru ini kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang.diharapkan undang-undang ini dapat memberi impak positif dalam usaha menurunkan statistik kemalangan maut.namun, yang menyedihkan setelah kita berhati-hati tetapi kita tetap dilanggar disebabkan sikap kurang ajar segelintir pemandu lain.memang takdir tuhan, ajal maut di tangan tuhan, tetapi mana tahu dengan seluruh kekuasaan yang ada pada Allah s.w.t, dgn rahmatnya disebabkan sikap sopan santun kita Dia dapat memanjangkan umur kita.dalam keadaan kita yang belum tahu sama ada kita sudah bersedia untuk menemuiNya, tiba-tiba maut dalam kemalangan apalah nasib kita di alam barzakh sana.oleh itu, kesimpulannya berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan ingatlah maut tidak mengenal waktu dan usia.
Saturday, April 26, 2008
malang tidak berbau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tu la ko. Dah nmpk accident baru nak insap..bawak la berhemah sket..hahahha...ingtlah orang yg tersyg
Post a Comment