Sunday, November 16, 2008

friendster was hacked?

betul ke?
dasyat ni..
ramai yang mengomel akaun friendster mereka bermasalah?
apa sudah jadi?
adakah diceroboh?
atau sekadar 'server down', masalah hardware? mungkin sedang update sistem? biasalah perkara sebegini memang tak mustahil terjadi dalam dunia IT kerana sedangkan manusia pun tak sempurna.
antara simptom2 yang dikenal pasti ialah friend list kosong..some were deleted.
lagi pun 2 3 hari kebelakangan ini tak boleh nak log in.web browser memaparkan close for scheduled maintenance.ini menguatkan lagi ura-ura friendster was hacked, hijacked atau sistem korup.
erm...kita tunggu dan lihat komen owner friendster.
saya cuba google news berkaitan khabar angin ini tapi hasilnya mendukacitakan.
untuk pengetahuan anda friendster merupakan web ke 7 terbesar di dunia dengan user terbanyak dari filiphina diikuti negara asia yang lain seperti indonesia, malaysia dan singapura.
google pernah tawarkan untuk membeli friendster dengan nilai 30 milion dolar USD pada 2003.
ketika itu saya baru sign up friendster pada bulan September 2003 untuk mula bergiat di arena social networking ini.friendster siap dibina pada March 2003.
hasil pemerhatian saya melalui sembang2 di YM mendapati ramai yang marah kerana friendster ditutup 2 3 hari ini terutama perempuan.apakah tanda2nya? apakah kesan sampingannya? adakah mereka tidak dapat hidup tanpa social networking ini?
gejala ini sama seperti zaman kegemilangan MIRC.saya pun pernah terjebak.ponteng sekolah, tuisyen, aktivit ko-ko untuk pergi CC online IRC setelah mak saya menyorokkan modem dial up AZTECH yang bising itu kerana kantoi saya online sampai lewat malam.sehinggakan awek saya dulu pun saya kenal di IRC. memang menyeronokkan tanpa kita sedari ada kesan negatif disebaliknya.
memang sudah lumrah dunia tiada satu benda pun sempurna.
cuma diri kita sahaja yang tahu membezakan mana baik buruknya kerana musuh utama kita adalah diri kita sendiri.

1 comment:

.::aDa::. said...

visit me.link me. www.adaraudza.blogspot.com