Thursday, May 22, 2008

kejiranan dan masyarakat melayu yang moden

usai maghrib tadi di surau kediaman aku, aku didatangi seorang lelaki melayu berantai emas di leher yang ku kira asing dalam kawasan perumahan aku.mukanya agak cemas dan letih.tanpa banyak bunyi beliau terus mendapatkan aku dan bertanya, "siapa in charge surau ni ek?" aku menjawap la sekian-sekian orang yang in charge.beliau terus berkata lagi, "tengah hari tadi ayah saya meninggal mengejut, so malam ni lepas isyak saya nak buat kenduri tahlil" aku mengucapkan innalillah dalam hati dan mengiyakan jer.ketika itu jemaah mula mendirikan solat.tanpa mengendahkan jemaah beliau terus mengasak aku dengan permintaannya untuk mengadakan tahlil.seolah-olah tahlil itu lebih fardhu dari solat.

sesudah itu, aku menghubungi dua orang islam atau mungkin AJK surau.yang pertama berkata, "si mati tu pernah dtg surau tak? kalo tak pernah datang surau aku malas nak pergi tahlil tu" pergh..macam itu punya orang pun ada.orang ke dua ku hubungi masih di pejabat dan katanya kalau sempat dia akan hadir.selepas aku mengambil no telefon lelaki berantai emas itu, aku pulang dan singgah jiran hadapan rumah ku seorang melayu dan terus menyatakan hajat lelaki tadi.jiranku menjawap, "masa bapak dia meninggal ada bagi tahu kita tak? time nak buat tahlil baru cari orang keliling.tapi tidak mengapa, saya akan hadir"

sebenarnya sambil saya menaip artikel ini, saya sedang membaiki sebuah komputer.tuan punya kata ada masalah tapi dia pun tak tau ape masalah sebenarnya.dia menyuruh saya baiki saja apa yang bermasalah.sesudah masuk ke window, 3 anti virus jalan serentak
dan semuanya mengesan virus.saya cuba masuk ke control panel untuk uninstall antivirus yang semuanya versi percubaan namun application fail to open.missing null file bla bla bla.. adus..berat masalah ni.dari nama virus itu aku sudah mengetahui dari mana datangnya masalah ini kalo tidak dari laman porno.

kesimpulannya, itulah minda, perangai dan masalah masyarakat melayu moden masa kini.anda nilailah sendiri semua ini.

2 comments:

Nur said...

ko pegi tak tahlil tuh?

dayat said...

pegi la..aku tekong tahlil tu.haha