selepas hampir sebulan tidak kemas kini blog, sekarang baru terbuka hati nak kemas kini.mengapa? ada beberapa sebab pertamanya komputer riba aku tidak berapa stabil, komputer meja aku lagila, sudah dijual di kedai besi buruk.keduanya, aku malas.ketiga, aku sibuk dengan hal2 yang tidak sepatutnya.kini, HP Pavilion tx 1000 aku baru lepas diformat buat pertama kalinya selepas beli bulan disember 2007.aku format pun bukan sebab virus ataupun sistem korup, kerana status aku sebagai usahawan IT tidak bisa membenarkan perkara ini berlaku.aku format kerana skrin sentuh aku rosak.namun setelah diformat tetap rosak maka selepas periksa akhir semester nanti akan dihantar ke pusat servis HP.rosak kerana pernah dijatuhkan oleh seorang asskisser dalam makmal database semester lepas.itu satu tuduhan berasas kerana aku percaya kepada kualiti HP.
mulanya sayang nak format kerana aku telah update sehingga window vista ultimate, dan juga banyak software rare2 telah diinstall, tp pendapat aku tentang laptop HP Pavilion tx 1000 ini ialah ianya tidak sesuai digunakan oleh aku.laptop ini lebih kepada hiburan, tidak sesuai untuk hacking, programming, heavy duty task dan gaming.walaupun dinaiktaraf memorinya kepada empat gig.dengan pemproses AMD Athlon 64 X2 1.8Ghz, aku anggap sebagai lembap untuk menyokong segala hardware yang dipasang di laptop ini.namun apakan daya aku sudah terbeli kerana terpedaya dengan dakyah dari ejen kaum pemodal ini.aku berhasrat untuk tukar ke lenovo bila kewangan mencukupi.
sebelum ini banyak kali terniat untuk memblog, oleh itu kali ini aku pos semuanya di dalam satu.mulanya pada 18 Oktober aku pergi layan konsert KAMI berhampiran rumah aku.jalan kaki saja.berdua saja bersama rakanku Moses.seperti Moses, aku tidak pernah menonton siri dramanya mahupun filemnya.aku ke sana melepas geram slam dan moshing akibat ketiadaan rock the world tahun lepas dan juga kerana lama tidak pergi gig2 kecil.bukan tidak mahu pergi, tapi aku bosan dengan scene musik bawah tanah sekarang yang bagi aku telah hilang nilai2 estetikanya.
tiba2 hilang mood nak tulis.fenomena KAMI memang buat aku marah.akan disambung...
Thursday, October 30, 2008
monolog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
rumah ang kt mna skng? bkn kt manjung ke...
umah aku kt bkt jll skang.aku da pindah chor.ahahha
oo..bru tau.
pantang memana peralatan elektronik kecuali NOKIA. Jgn jatuh.
Post a Comment