sejak aku exam hari tu, tiap-tiap hari aku bangun awal. sebab dah biasa bangun awal nak pergi exam pagi-pagi.
hari ini aku bangun awal lagi. disebabkan exam sudah abes, jadi aku isi masa pagi aku dengan mengadap pc ni. mestilah buka facebook kan? dari pengamatan aku, status yang dipost pagi-pagi poyo2 belaka...hahaha
aku malas nak kasi contoh kat sini sebab waktu pagi aku memang malas. dah pukul 11 nanti baru datang rajin tu.
lama aku tak merasa nasi lemak pagi2..jadi apa kata kita bersarapan nasi lemak dan teh tarik pada pagi ini?
Wednesday, November 24, 2010
bangun awal
Saturday, November 20, 2010
on my last day at university part 1
hari ini aku berjaya menamatkan sesi pengajian aku selepas tamat sekolah selama enam tahun setengah dengan paper terakhir aku tadi bergelar Engineering Mathematics!
enam tahun setengah beb! diploma + degree. kalau belajar medic dah jadi doctor. kalau ambil law dah jadi majistret. kalau buat diploma saja = 3 tahun, selepas 3 tahun pada waktu sekarang kalau buat bisnes sudah maju! kalau jadi junkies/punk rock tak sambung belajar lepas SPM dah jadi legend! tidak mengapa, aku ada degree.nak sedapkan hati.
bila sebut tentang maths, mestilah susah kan? jadi mestilah aku tak dapat jawap semua soalan dengan cemerlang kan?
kesimpulannya hari terakhir aku di universiti berakhir dengan pengakhiran yang agak kecewa angkara paper maths tadi...
dan penyelesaiannya pihak universiti jangan letak paper maths dalam jadual peperiksaan pada hari terakhir! ini boleh menyebabkan mental pelajar jatuh merudum!
dan tak semua student yang tak pandai maths, ada yang pandai. aku bukan tak pandai, aku malas je... hehe
malam sebelum exam tadi, aku dengar lagu Subculture, band punk rock tempatan yang otai, yang bertajuk time knock. korusnya begini " tomorrow so far away for me and you" gua dengar lagu ni secara rasminya dari kaset demo mereka masa form 1 di mrsm. kaset member aku topek.
sekejap sahaja masa berlalu...
on my last day at university part 2
tadi aku nampak ada satu awek masuk rumah pakwe dia kot.
aku baru balik dari makan, masa tengah park superbike aku nampak satu awek ini jalan cuak2 tapi masih ada lenggang lenggok nya tetapi tidak pernah ku lihat wajahnya di sekitar apartment aku ini. kami pun naik tangga sama-sama tapi dalam posisi dia di hadapan aku. dari bunyi tapak kaki dia seakan melangkah deras. aku pun mempercepatkan langkah perwira ku ibarat mengejar sang puteri.
sekali dia masuk rumah depan rumah aku da...depan rumah aku ni rumah student laki yang semestinya rumah bujang.
punyalah nak cover line.. mesti dia termengah-mengah kecuakan sambil menahan gelora membara di dada...