MP PR dengan BN dua-dua sama.
Dua-dua kaki ponteng. Berkhidmat untuk rakyat ke jadahnya. Baru sekarang tahu sesi bahas di parlimen boleh ponteng-ponteng. Kalau macam itu gua pun mahu jadi ahli parlimen.
Mereka ini mesti kaki ponteng masa dekat sekolah dan universiti dulu. Macam mana boleh jadi ahli parlimen. Cabutlah plak Ahli Parlimen dekat plat kereta tu. Buat malu saja.
Kalau gua jumpa gua langgar.
Sunday, December 20, 2009
Dua kali lima
Friday, November 27, 2009
selamat hari raya haji
Mari pekena roti cicah sup daging...
Yang lelaki pergi tolong melapah, yang perempuan masak sup. Jangan pagi-pagi raya menghadap tv, online facebook sama YM..kang dah tua tak reti nak buat kerja, siapa nak ambil alih kerja orang tua sekarang?
Wednesday, October 28, 2009
takziah
"Sekalung takziah saya ucapkan kepada murid-murid yang terkorban akibat mati lemas dalam insiden jambatan gantung runtuh ketika mengikuti perkhemahan 1MALAYSIA di Kampar baru-baru ini."
"Juga sekalung takziah kepada mangsa kemalangan yang terkorban melibatkan sejumlah motosikal berteduh bawah jambatan di putrajaya akibat dirempuh kereta dipandu laju yang dipandu oleh pelajar IPT berusia 18 tahun."
Angkara siapa semua ini?
Mari kita berfikir sejenak dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK).
Jambatan baru dibina 2 minggu. JKR tidak tahu menahu pasal pembinaan itu seperti dilaporkan dalam akhbar berita hairan. Begitu juga dengan laporan di sini.. Akhbar lapor berita tak masuk akal. Ini pula dalam utusan meloya. Ada ke lapor berita sebab runtuh budak-budak dok melompat-lompat atas jambatan tu . Bangang!
Hidup 1MALAYSIA!
Bila la nak maju...
Pasal kemalangan tu pula, memanglah malang tidak berbau. Tapi kalau pemandu berhati-hati dan stuktur jalan raya yang baik ditambah jaringan pengangkutan awam yang mesra mesti dapat elak dari berlaku kecelakaan. Mengikut laporan akhbar, pemandunya berusia 18 tahun. Cukupkah didikan, ilmu ketika berada di atas jalan raya dalam usia sebegitu?
Friday, October 23, 2009
test matematik semester satu degree
Ini cerita gua baru sambung ijazah lepas habis diploma. Dalam kelas ramai geng2 lama masa diploma dulu. Jadi gua kenal tahap kebengapan masing-masing terutama dalam subjek matematik ini. Ada seorang tu nama Hakim, memang geng gua dulu dari diploma. Budak Terengganu. Menyewa sekali, masa tinggal hostel pun sebilik. Ada seorang lagi nama Haikal, dia ni tinggal dengan mak bapak kat Ampang, tak bujang langsung. Tapi gua tak rapat sangat dengan dia.
Subjek ni memang macam celaka punya susah, nama pun Engineering Math. Budak pandai pun kata susah, apatah lagi pada gua yang buat-buat tak pandai ni. Ala..budak-budak pandai kata je susah, kuar result test markah melambung-lambung pastu sengih bangga. Sekali gua lempang baru tau.
Selepas habis topik pertama, lecturer pun menganjurkan test pertama. Gua datang awal. Gua duduk bahagian tengah kelas, boleh tiru orang sebelah. Duduk belakang nampak sangat nak meniru lagi-lagi muka macam gua. Elok gua setting port baik, budak-budak kelas pun masuk ambil tempat masing-masing. Gua pun berdoa semoga awek cun yang pandai duduk sebelah gua. Ada juga yang cun tapi bengap. Tapi bukan awek cun, sekali Hakim. Tapi tak apa, Hakim ni pun bukan boleh duga, kadang-kadang keluar juga idea bernas dia, lagi pun member lama tak kan nak halau pula. Mengambil tempat sebelah Hakim ialah Haikal. Maknanya Haikal duduk selang sebelah dengan gua. Gua tak adalah nak berprasangka awal-awal sebab gua pun tak tahu sangat kemampuan Haikal.
Test pun bermula. Gua dah bersedia dari awal segala alat tulis, kalkulator saintifik dan sedikit pengetahuan asas algebra masa sekolah dulu. Gua cuba ingat-ingat balik cikgu kat mrsm gua ajar dulu. Tapi macam tak berhasil sangat, yang keluar asyik pasal nombor perdana je. Mungkin sebab gua pernah kena lempang dengan kamus dwi bahasa setebal 623 muka surat masa form 3 dulu. Cikgu gua masa form 3 tu tak adalah ganas sangat, tapi gua berjaya membangkitkan kemarahan beliau. Gua usha orang depan dah selit toyol bawa bontot. Haram, bacul. Dress up dah macho, tapi main kotor. Gua belek kertas soalan, celaka ada 4 soalan saja semua subjektif. Tak ada A B C. Tipis harapan gua. Satu soalan 5 markah. Soalan nombor 4 konpem tak dapat jawap. Selalu soalan last mesti susah. Lagi-lagi kalau berkait dengan soalan nombor 3, kalau nombor 3 tak boleh jawap, nombor 4 dah lebur. Dah rugi 5 ke 10 markah. Gua target satu soalan 2 markah dah cukup.
"Ok, boleh mula menjawap dalam masa 40 minit"
Gua buat-buat muka konfiden. Hakim dah mula tongkat dagu tangan sebelah lagi garu kepala yang gua syak tak gatal pun. Kadang-kadang lecturer usha gua buat-buat tekan kalkulator mengharapkan jawapan keluar secara magik. Tiba-tiba gua nampak Hakim menulis sesuatu. Cis, minta-minta jangan tulis nama. Gua buat-buat menggeliat ke arah Hakim. Dengan pantas gua tiru tanpa meninggalkan satu pun titik perpuluhan. Hakim yang seolah-olah memahami terus alih tangan dia kasi clear sikit. Gua intai-intai juga orang depan. Cis, kosong juga kertas jawapan. Masa lecture bukan main lagi angguk. Siap duduk depan lagi. Bodeklah tu. Masa pun tamat...
Gua tulis nama dengan nombor ID. Buat-buat tak sempat nak tulis nama awal-awal konon-konon tak cukup masa banyak sangat nak tulis jawapan. Usai kertas test semua dah hantar, masing-masing riuh. Ada kata senang, ada kata susah, ada juga yang kata ada soalan silap...lu dah tak boleh jawap kata soalan silap pula. Orang depan gua tadi pun sibuk riuh juga kata dia boleh jawap soalan 1 dengan dua saja. Padahal gua usha kosong saja. Nak sedapkan hatilah tu.
Tiba-tiba Haikal menyampuk, " Hakim, tadi yang ko buat tu salahlah!"
Gua dah terkedu campur berdebar-debar. Degup jantung berdenyut pantas.
"Ye ke? Dah la aku jawap satu soalan je. Biarlah..tawakal aja, baru test topik, final nanti kita skor betul-betul!" Jawap Hakim konfiden. Tak silap gua dari semester satu diploma Hakim cakap macam ni, tapi bila final haram tak skor pun.
***
Seminggu selepas itu...
***
"Ni saya bagi balik test minggu lepas. Ada yang dapat kosong, tak ada repeat test...ntah apa lagi dia membebel gua tak ingat" Cilaka, gualah tu yang dapat kosong. Tapi tak apa ada geng, tak lah malu sangat dengan awek cun dalam kelas gua. Kalau gua kosong, Hakim mesti kosong sebab gua tiru dia. Gua pandang Hakim, Hakim pandang gua dengan pandangan penuh harapan.
Bila gua dengan Hakim dah dapat result, kitorang terkejut sebab dapat 5 per 20. Automatik gua dengan Hakim usha result Haikal...
"Kah Kah Kah..Haikal apsal lu dapat kosong? Bukan ke lu tegur gua punya salah?"
Muka Haikal dah blur campur hidup segan mati tak mahu. Sejak hari itu gua tak pandang rendah sama Hakim.
Masuk semester tiga Hakim berhenti pasal masalah kewangan. Tak ada seorang pun ahli politik nak tolong beliau yang berpotensi maju ke hadapan. Sekurang-kurangnya bolehlah memajukan negeri Terengganu bila dah habis belajar nanti. Secara tak langsung, gua kehilangan seorang kawan. Dah, gua malas nak cerita politik. Gua nak sambung tulis report log book praktikal. Dah dua jam gua cuba menulis report, haram baru dapat tulis nama dengan nombor ID separuh, separuh lagi gua lupa.
Tuesday, October 6, 2009
cerita setengah tahun ke dua
Sebenarnya aku sangat suka bulan jun hingga disember ini kerana aku tengah praktikal.
dapat elaun yang lumayan.boleh claim tipu-tipu sikit.dalam setengah tahun ke dua ni boleh kira dengan jari berapa kali je aku bawa motor.rugi bawa motor.tak boleh claim banyak.lepas tu dapat jumpe cikgu2 lawa yang aku rasa macam nak suruh mak aku hantar rombongan meminang sekarang juga.siap ada cikgu kirim salam kat gua lagi.nampak sangat gua dasyat.syarikat tempat aku praktikal dapat tender buat network di sekolah satu selangor.dari cabling pakai fiber optik hinggalah ke wireless access point dan configure switch.pakai barang SMC, tak main cisco2, barang mahal.agak seronok.banyak aku belajar.lu orang petik lah aku nama sekolah apa2 di selangor ni, selamba gua jawap dekat mana siap bagi poskod lagi.
dalam lingkungan masa ini juga gua genap 22 tahun pada 170709 yang lepas.gila cepat masa berlalu.aku ingat lagi masa darjah lima nak sambut hari jadi aku.sehari sebelum tu iaitu pada 16hb 7 1997, ketika gua baru balik dari kedai beli agar2 strip sebab mak gua nk buat agar2(gua sambut besday pakai agar2 je, apa barang kek), tiba-tiba dapat panggilan dari pekan nanas, johor mengatakan fuang aku meninggal.fuang tu bahasa bugis, maksudnya datuk aku.oleh itu pada tahun ini sudah 12 tahun fuang meninggalkan aku.alfatihah utk beliau.
bulan sembilan pula berpuasa.aku perasan puasa tahun ini bagi aku sangat teruk sekali.kurang amalan.dosa pula macam bertambah je.nauzubillah tahun depan tak jadi macam tahun ini.selepas sebulan berpuasa, hari raya aidilfitri.tak beli baju raya.malam raya pergi basuh kereta, lepak mcD dengan fazlan abu hasan.anak jati subang jaya.pernah menetap di sri manjung.tengok game liverpool kalau tak silap.petang raya balik kampung, orang kampung mesti akan tanya soalan yang jemu aku dengar, "dah habis belajar belum?", "belajar dekat mana?".lima tahun aku belajar, selama lima kali rayalah soalan sama yang ditanya.cuma tahun ni aku jawap lain sikit, tahun depan habis la.selalu aku jawap lambat lagi nak habis.bila jawap belajar kt UniKL, dia mengiyakan tapi dengan ayat yang salah, "o0o0o.. UKM ka?" gua angguk je malas nak cerita banyak.cerita banyak pun bukannya makcik pakcik tu tahu sangat pun pasal UniKL.ada la yang tahu sikit2 sebab ada iklan di radio dan surat khabar.
sebut pasal UniKL, gua teringat nak cerita pasal yuran.semester ni gua praktikal pun kene bayar RM5500 ke? dulu diploma tak ada pun kene bayar penuh.dengar cerita semester ambil FYP pun kena bayar penuh walaupun tiada kelas.semester sebelum ni dah la pergi kelas duduk saja dengar lecturer bergebang kena bayar juga rm5500.modal hanya kerusi meja, bayar gaji lecturer bersama sedikit kos2 sampingan lain seperti beli marker pen, bayar gaji cleaner curi tulang dekat tangga dengan pak guard kuat usha makwe.tak ada siapa nak anjurkan mogok ke? dengar cerita lagi undang2 dah diketatkan sebab pindah dari MECD ke KPT.macam mana ni, rambut gua dah panjang siap berikat.gua baru cadang nak ke salun kasi stim.
Saturday, September 19, 2009
kelajuan tidak membunuh
yang membunuh sebenarnya adalah kualiti kereta nasional yang rendah.
keadaan jalan raya yang teruk.
kursus dan ujian mengambil lesen yang silibusnya di takuk lama.
sistem pengangkutan awam yang lemah.
tidak lupa pemandu wanita yang semakin bertambah.
siapa yang patut mengubah semua ini? siapa yang patut tingkatkan kualiti jalan, kereta nasional, pengangkutan awam dan ujian memandu?
Monday, August 24, 2009
ramadhan datang
selamat berpuasa kepada semua.
tingkatkan amalan masing2.
tambah pahala kurangkan dosa.
Monday, August 10, 2009
malam isnin@esok hari isnin
kehidupan aku sangat sibuk sekarang.macam-macam aku tengah buat sekarang.kerja, belajar, sampai jadi kayu. dulu masa kanak-kanak tengok drama melayu menyampah dengar pelakon bila isteri atau awek dia tanya "U tak ada masa free ke untuk luangkan dengan I?", pelakon lelaki akan jawap "I sibuk la sekarang..banyak kerja di ofis.." sekarang ini aku rasa aku akan jawap macam tu kalau awek aku tanya.kalau lah betul2 ada awek.haha
"sibuk apa tapi boleh melepak dengan kawan2 sampai tengah malam.." yang ini mak aku pula kata. bagi aku lepak dengan kawan2 pun tergolong dalam kategori aktiviti harian.hehe
kebelakangan ini ramai kawan yang asyik carita pasal teman hidup, awek atau balak.tak kurang juga yang tanya aku pasal teman hidup aku.tanya bila aku nak ada awek steady la.ada yang cerita manis, ada yang pahit, yang kelakar pun ada.yang perempuan pula sesetengahnya dah cuak tak ada balak bila umur da mencecah 23. WTF...
relaksla brader...umur baru 23 kot.duit tak pandai cari..baju pun tak reti nak basuh, tukar spare tire kereta pun tak tau ada hati mau cuak tak ada BF/GF..
sepanjang ketiadaan post terbaru ini, sudah tentu macam-macam yang berlaku.di antaranya ialah ulang tahun aku pada 17hb 7 yg lepas.terima kasih kepada yang ucap selamat walaupun bagi aku tak la berapa penting sangat.sekurangnya itu tanda ingatan anda terhadap diri ini.
Wednesday, May 13, 2009
MAT REMPIT BERSATULAH
hari ni dalam utusan malaysia muhyidin yasin ulas isu mat rempit.katanya perlu ada pendekatan jangka panjang holistik dalam menangani isu ini.ape lancau holistik ini?
mari kita baca artikel di bawah.gua ambil dari
tukar tiub lagi.tak mengapa, brader ini cool orangnya. dia tak marah gua asyik cilok tulisan dia.gua selaku pengguna motosikal yang setia sejak umur 11 tahun dan hanya terlibat dalam kemalangan sekali sahaja ketika mencilok-cilok layan jam pagi2 bersetuju dengan pendapat beliau.
***
Ujung minggu lalu saya ke Pulau Pinang. Ketika ingin pulang kami menyisir di jalan lama untuk singgah ke Port Weld. Saya ingin merasa mee udang yang terdengar bising ketika heboh heboh di Bukit Gantang.
Tak ada apa-apa – mee udang ini jauh tangan dari peha.
Kemudian kami memotong ke Kuala Kangsar – pekan yang amat saya kenali. Kami berhenti untuk secawan kopi pahit di Double Lion. Roti bakarnya dengan kaya kampong masih baik. Kopinya tidak merosot tapi tidak akan menjadi pilihan utama.
Dari Kuala Kangsar kami melencong ke jalan lama menuju Selama. Jalan indah melintasi kampong, dusun, getah dan belukar. Saya tidak lagi marah dengar belukar kerana belukar juga adalah rumah serangga dan pelbagai hidupan. Belukar juga membersihkan udara kotor hasil dari asap kereta. Kalau tidak ada belukar dimana biawak akan hidup.
Di pertenghan jalan kami terserempak dengan beberapa buah kereta. Jalan yang kecil memaksa kami berbontot-bontot. Tetiba satu kumpulan Mat Rempit – berbelas orang – melintasi kami. Anak anak muda ini – langsing, ranggi dan cool.
Mereka mencelok kiri dan mencelok kanan untuk memotong kereta yang sedang beratur. Mereka cukup berani. Saya kagum melihat keberanian mereka. Sekelip mata mereka memintas dan meninggalkan kami.
Lima minit kemudian saya ternampak seorang Mat Rempit tercampak ke tebing kanan jalan. Motosikalnya terhumban ke dalam longkang yang dipenuhi rumput dan belukar. Dua orang kawan sampai tetapi masih di atas motor sampai. Ini solidariti Mat Rempit.
Motosikal barunya terbalik. Saya nampak anak muda ini terduduk dalam longkang. Mungkin tidak cedera. Kereta kami meninggalkan mereka.
Teman yang memandu hairan kenapa Mat Rempit tidak takut dengan kemalangan ?
Lalu saya menjawab :
Mereka tidak takut kerana mereka muda. Inilah sifat anak muda berani mencuba dan berani melawan arus.
Semua pencipta dalam dunia ini adalah anak muda. Kerana kemudaan mereka berani melanggar hukum. Zaman Pencerahaan dahulu di buka dan diteroka oleh anak muda. Ibu Battuta mengembara untuk mengisi zaman mudanya. Marco Polo berjalan ketika dia masih muda. Iskandar Zulkarnain sampai ke India ketika dia masih muda.
John Lennon, Picasso, Beethoven – semua berkarya di zaman muda. Mereka mengindahkan dunia.
Mat Rempit berani kerana dunia di hadapan masih luas terbentang. Sakit, mati, maut atau kecederaan tidak pernah menjadi perhitungan anak muda. Hanya orang tua yang takut mencuba yang baru.
Mat Rempit ini tidak memikir apa-apa. Dia mungkin dari kampong - dari Felda – mungkin anak ketiga atau ke tujuh. Kalau di kota dia tinggal di kawasan padat lagi sempit – seperti Pantai Dalam dan Kerinchi. Ayahnya mungkin telah kahwin lagi. Dia mendapat entah apa apa dari sekolah. SPM atau pebagai haram jadah pepereksaan itu hanya menyusahkan hidup mereka.
Dia melihat tanah-tanah padang di kawasan mereka diambil alih oleh pemaju perumahan. Padang bola mereka di ambil untuk mendirikan kondo mewah. Hutan hutan disekeliling habis dicunggah oleh pemaju tanah. Kalau keluarga mereka peneroka miskin dalam kota – mereka akan dihalau jauh ke luar kota. Tanah ibu bapa mereka dirampas untuk rumah rumah mewah. Mereka melihat - jika ada sahaja tanah kosong semuanya terjual. Dalam kota - ada sahaja tanah kosong akan disembah untuk dijadikan tempat letak kereta.
Kalau mereka meminati bola – taiko judi akan masuk campur. Permainan bola mereka akan diolah oleh towkay judi. Apa sahaja sukan mereka minati towkay judi dan para pengiklan akan masuk. Mereka hanya kuli batak. Kegembiraan untuk merayakan kehidupan akan digunakan oleh orang lain utuk membuat kaya.
Kalau ada persatuan ditubuhkan tiba-tiba ada peresmian. Tetiba mereka kena pakai baju batik. Paling tidak cool. Paling belia. Mereka tidak mahu menjadi ‘ belia bergerak maju’. Mereka tidak mahu menjadi Mat Skema. Mereka tidak mahu menjadi Mat Jiwang. Mereka menhamapehkan semua bentuk ‘rakan’. Kempen rakan muda yang lalu hanya tipu helah syarikat iklan untuk mendapatkan 84 juta ringgit duit rakyat.
Kalau dalam persatuan semuanya kena tunduk kepada orang tua. Pemimpin persatuan tidak cool – ada kepala botak, ada perut gendut dan yang tidak boleh tahan ialah memakai baju batik lengan panjang – paling cabuk rupanya. Ada resmi-resmi. Ada duduk duduk mendengar politikus berucap. Mana boleh drinya Mat Rempit - anak muda cool duduk dengar politikus – semua ini budaya orang tua – budaya bodek.
Jika mereka ingin membuat sesuatu yang mereka suka – pasti akan di larang. Ini tak boleh itu tak boleh. Berapa ratus ribu larangan telah wujud. Ada larangan dari agama. Ada larangan dari adat. Ada larangan dari orang tua. Ada larangan dari politikus. Ada sahaja larangan yang menyusahkan hidup mereka.
Berendut di taman di ganggu pegawai ‘lampu picit’. Silap-silap ditangkap khalwat. Kalau hendak lepas kena sorong duit kopi. Pergi ke kelab harga mahal. Kalau ada duit masuk ke kelab ada pulak kes kena minum air kencing. Nak tengok konsert Pemuda Pas melarang. Pelbagai fatwa dan fatwi sampai.
Tak kan nak melancap pagi petang. Tercabut kontol. Lalu mereka merempit untuk merayakan kehidupan.
Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit.
Yang ada – yang hakiki dan yang wujud ialah sebuah motosikal. Motosikal adalah tanda kebebasan. Bila anak muda bertemu dengan injin motorsikal semua kemungkinan berlaku. Mereka tahu nikmat zen bergerak bebas. Motosikal adalah tanda kebebasan mereka.
Wahai orang- orang tua :
Jangan pura-pura buat tidak sedar – bukankah orang tua yang menjadi towkay motosikal. Bukankah orang tuan yang amat suka anak anak muda ini kerana mereka membeli motosikal. Tuan pemilik syarikat motosikal amat gembira dengan Mat Rempit.
Jangan pura-pura buat tidak sedar bukankah F1 itu adalah daya tarikan untuk berlumba-lumba. Jangan pura pura buat tak sedar – bukan kah orang tua yang sengaja menganak tirikan pengakutan awam. Ini agar warga membeli kereta dan anak muda membeli moltosikal.
Jangan pura pura buat terperanjat apabila melihat Mat Rempit membuat aksi di jalan raya. Ini bukan pekara baru. Sebuah motosikal dinaiki oleh 15 orang ini bukan satu yang baru dilihat – ini bukan ciptaan Mat Rempit. Apakah orang tua terlupa kepada Tatoo?
Kenapa saban hari Mat Rempit di serang?
Ini kerana mereka adalah gulungan yang paling lemah dalam masyrakat kita. Gulungan yang lemah ini selalu di serang, dikutuk dan di fatwa fatwikan. Kalau tidak Mat Rempit -Mat Black Metal, kalau tidak Mat Black Metal - Mat Lembut, kalau tak Mat Lembut -Mat Rock. Orang tua cukup senang untuk menyerang orang yang lemah.
Kenapa media tidak berkempen untuk terus bertanya kemana perginya P Balasubramaniam? Atau terus menulis tentang apa jadinya dengan pembunuh Norita? Atau media bertanya - siapa punya kelentong hinggakan projek pelabuhan Klang kena kemut 6 bilion ringgit? Berapa banyak lagi duit dalam dana Petronas? Berapa belanja membuat Putrajaya? Kenapa banguan lama Dewan Bahasa dan Pustaka jadi tong sampah? Berapa bilik masih kosong dalam bangunan Berkembar Petronas ? Berapa ramai penyewa Daya Bumi ? Inilah soalan yang membina negara bangsa.
Media wajib bertanya - Siapa towkay penjual motosikal ini ?
Kenapa tidak dibuat sistem pengakutan awam yang lumayan - kemudian naikkan harga kereta dan motosikal macam cara yang dibuat untuk kempen anti rokok. Kenapa di setiap motosikal tidak dibubuh gambar mayat, tengkorak, kaki tercabut – macam di kotak rokok. Kenapa tidak ditutup sahaja kilang membuat motosikal. Apakah media tidak berani kerana takut dengan bos atau takut kaum kapitalis marah. Lalu – yang senang mengutuk Mat Rempit.
Kerana kutukan datang bertalu datang kepada Mat Rempit maka semua ini menjadikan saya bersimpati. Saya bersimpati dengan sesiapa sahaja yang ditindas. Saya bersimpati dengan Mat Rempit. Saya bersimpati dengan anak muda kerana sya juga pernah muda dahulu. Semua orang tua – kaki kutuk ini - pada satu ketika dahulu mereka juga muda. Tetapi mungkin ada juga orang muda yang telah dituakan lebih awal lagi – mereka ini Mat Skema – Mat Baju Batik lengan panjang. Poyo.
Anak muda wajib hidup dengan kemudaan mereka. Anak muda pencipta alam. Hanya orang tua dan anak muda yang telah dituakan yang selalu potong stim. Mat Rempit bersatulah.(TT)-
Sesiapa yang bersimpati dengan Mat Rempit ambilah tulisan ini untuk kebaikan.
p/s = mat motor kat perak memang cool belaka.ada berani test machine dengan motor plat A atau motor pomen dari perak bikin? haha
Sunday, May 10, 2009
MENGENAL BAHASA MENGENAL DIRI
Perkataan hari ini ialah bodek.
Bodek ialah satu jenis penyakit apabila lemak perut dapat turun ke dalam tempat telor tersimpan. Ini menjadikan ruang penyimpan telor besar dan kelihatan bergayut.
Penyakit ini banyak dihidapi oleh lelaki.
Ada juga orang memanggil penyakit ini angin-angin.
Dalam bahasa Inggeris penyakit ini dipanggil hernia.
Penyakit ini amat senang untuk di ubati - melalui pembedahan.
Bodek juga ialah satu budaya yang telah dikembang kan di sebarkan oleh United Malays National Organisation selama 50 tahun ini.
Dari kata sifat jika ditambah dengan pem - maka ianya akan menjadi kata nama -pembodek.
Pembodek ini banyak didapati di pelbagai pelusuk tanah air kita. Pembodek cukup subur dalam universiti-universiti, badan badan kerajaan, badan berkanun dan swasta.
Satu cara untuk mengenal pembodek ialah mereka ini tidak bertelo.
Satu lagi cara untuk mengenal pembodek ialah dengan memerhatikan perangai mereka.
Selalunya si pembodek ialah orang yang pertama menyokong apa kata bos.
Si pembodek tidak mempunyai pandangan kerana tidak ada telo.
Satu lagi sifat pembodek ialah mereka amat malas membaca.
Mereka amat suka mendengar kerana mendengar tidak menggunakan telo dan otak.
Kerja ulung pembodek ilah mengangkat telo orang lain. Jangan silap faham ini bukan sama dengan kerja China Doll di Bukit Bintang.
Cara untuk mengenal si pembodek cukup senang.
Sila bacakan ayat ini: KETUANAN MELAYU WAJIB DIHAPUSKAN DAN DI GANTI DENGAN KETUANAN RAKYAT!
Sesiapa yang tak bersetuju dengan ayat ini ialah kaki bodek. Khalas. Khatam. Period.
*diambil dari www.tukartiub.blogspot.com oleh Hishammudin Rais.
*buat masa ini ditujukan kepada rakan-rakanku di universiti.
Saturday, May 9, 2009
wahai peragut
kenapa meragut?
kenapa diragut?
kerana faktor ekonomi.bila ekonomi merudum, rakyat hilang pekerjaan. harga barangan keperluan melambung tinggi. harga dadah melambung. sehingga seorang bapa tak mampu membeli susu anak lantas meragut. siapa yang patut dipersalahkan?
kerana ekonomi yang semestinya dikaitkan dengan wang dan kuasa jugalah kerusi tuan speaker dan ADUN di Perak negeri gua tercinta diragut. lihatlah betapa mereka patut dipersalahkan. ketika sesetengah rakyat tengah pening memikirkan statergi untuk meragut dan mangsa yang diragut tengah menderita, gerombolan ini sempat memikirkan untuk menambah kuasa.bila kuasa bertambah kekayaan akan bertambah.
kasihan mereka.wang kena ragut, kuasa kene ragut. itu belum lagi maruah dan dara diragut.
bagaimana pula dengan kebahagiaan gua yang diragut? siapa nak fikir?
Tuesday, April 21, 2009
khabar duka
langit tak selalunya cerah, kadang kala petir guruh datang mengunjung.
kita tak boleh selamanya 'handsome', 'awesome'.
kita tak boleh buat orang untuk selamanya menyukai kita.
kehidupan ini telah dirancang oleh Ilahi melalui ketentuan qada' qadarnya.
kita hanya merancang, hanya Dia Yang Esa yang menentukan.
acap kali kita mendengar pepatah jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.
bila perancangan itu gagal, kita mungkin berdepan dengan perasaan yang menyesal,
terlepas sesuatu yang kita sayang sama ada insan atau pun kebendaan.
sebelum terlepas, kita mungkin tidak menyedari yang kita menyayanginya atau sekadar di pinggiran sahaja.
setelah terlepas, barulah kita terkejal yang kita sangat menyayanginya.
bila terjadi perkara sebegini, janganlah ada perasaan menyesal.
hanya sebut padan muka aku dan pergi jauh-jauh.
Thursday, April 16, 2009
khabar gembira
masuk kali ini dah empat kali roadblock polis gua tempuh dalam tempoh seminggu ni..
semua roadblock polis tak tahan gua..
ye la kan..gua selalu naik motor,selalunya kene tahan orang2 muda mcm gua ni sebab ingat mat rempit ke, ada buat salah macam road tax da mati 4 tahun ke..
gua muyskil..
gua hairan..pelik..
gua berfikir..
adakah muka gua dah nampak suci dari sebarang kesalahan?
atau polis tu fikir muka gua kacak sangat untuk tidak ditahan?
Thursday, March 19, 2009
BLM = Beli Lah! Murah! = SOLD OUT
limited edition.RM35 only.nego.
p.m me if interested to buy.hurry! limited stock!
SOLD OUT!
TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBELI.
Wednesday, March 4, 2009
coming back
lama gila tak update blog.
padan muka diri sendiri yang tak pandai cari masa.
maaf kepada mereka yang tertanya2 kenapa tak kemas kini blog.
gua sibuk.gua melalui kehidupan yang tidak digemari sejak beberapa bulan ini.
gua menghadapi pelbagai karenah manusia yang tidak digemari sejak beberapa bulan ini.
ini adalah beberapa faktor tiada kemas kini.
tapi faktor yang paling utama ialah gua MALAS.
gua teringat kata-kata seorang motivater masa nak UPSR dulu, "nak seribu daya, tak nak satu dalih pun dah cukup.satu dalih itu ialah MALAS".
tak payah nak bagi seribu alasan.
ya, gua sedar gua seorang pemalas, seorang yang pemalas sejak kecil lagi.
tapi tak bermakna gua seorang yang suka mengambil jalan mudah.
sifat malas pada diri gua adalah unik.hanya gua yang mengerti.