Friday, October 23, 2009

test matematik semester satu degree

Ini cerita gua baru sambung ijazah lepas habis diploma. Dalam kelas ramai geng2 lama masa diploma dulu. Jadi gua kenal tahap kebengapan masing-masing terutama dalam subjek matematik ini. Ada seorang tu nama Hakim, memang geng gua dulu dari diploma. Budak Terengganu. Menyewa sekali, masa tinggal hostel pun sebilik. Ada seorang lagi nama Haikal, dia ni tinggal dengan mak bapak kat Ampang, tak bujang langsung. Tapi gua tak rapat sangat dengan dia.

Subjek ni memang macam celaka punya susah, nama pun Engineering Math. Budak pandai pun kata susah, apatah lagi pada gua yang buat-buat tak pandai ni. Ala..budak-budak pandai kata je susah, kuar result test markah melambung-lambung pastu sengih bangga. Sekali gua lempang baru tau.

Selepas habis topik pertama, lecturer pun menganjurkan test pertama. Gua datang awal. Gua duduk bahagian tengah kelas, boleh tiru orang sebelah. Duduk belakang nampak sangat nak meniru lagi-lagi muka macam gua. Elok gua setting port baik, budak-budak kelas pun masuk ambil tempat masing-masing. Gua pun berdoa semoga awek cun yang pandai duduk sebelah gua. Ada juga yang cun tapi bengap. Tapi bukan awek cun, sekali Hakim. Tapi tak apa, Hakim ni pun bukan boleh duga, kadang-kadang keluar juga idea bernas dia, lagi pun member lama tak kan nak halau pula. Mengambil tempat sebelah Hakim ialah Haikal. Maknanya Haikal duduk selang sebelah dengan gua. Gua tak adalah nak berprasangka awal-awal sebab gua pun tak tahu sangat kemampuan Haikal.

Test pun bermula. Gua dah bersedia dari awal segala alat tulis, kalkulator saintifik dan sedikit pengetahuan asas algebra masa sekolah dulu. Gua cuba ingat-ingat balik cikgu kat mrsm gua ajar dulu. Tapi macam tak berhasil sangat, yang keluar asyik pasal nombor perdana je. Mungkin sebab gua pernah kena lempang dengan kamus dwi bahasa setebal 623 muka surat masa form 3 dulu. Cikgu gua masa form 3 tu tak adalah ganas sangat, tapi gua berjaya membangkitkan kemarahan beliau. Gua usha orang depan dah selit toyol bawa bontot. Haram, bacul. Dress up dah macho, tapi main kotor. Gua belek kertas soalan, celaka ada 4 soalan saja semua subjektif. Tak ada A B C. Tipis harapan gua. Satu soalan 5 markah. Soalan nombor 4 konpem tak dapat jawap. Selalu soalan last mesti susah. Lagi-lagi kalau berkait dengan soalan nombor 3, kalau nombor 3 tak boleh jawap, nombor 4 dah lebur. Dah rugi 5 ke 10 markah. Gua target satu soalan 2 markah dah cukup.

"Ok, boleh mula menjawap dalam masa 40 minit"

Gua buat-buat muka konfiden. Hakim dah mula tongkat dagu tangan sebelah lagi garu kepala yang gua syak tak gatal pun. Kadang-kadang lecturer usha gua buat-buat tekan kalkulator mengharapkan jawapan keluar secara magik. Tiba-tiba gua nampak Hakim menulis sesuatu. Cis, minta-minta jangan tulis nama. Gua buat-buat menggeliat ke arah Hakim. Dengan pantas gua tiru tanpa meninggalkan satu pun titik perpuluhan. Hakim yang seolah-olah memahami terus alih tangan dia kasi clear sikit. Gua intai-intai juga orang depan. Cis, kosong juga kertas jawapan. Masa lecture bukan main lagi angguk. Siap duduk depan lagi. Bodeklah tu. Masa pun tamat...

Gua tulis nama dengan nombor ID. Buat-buat tak sempat nak tulis nama awal-awal konon-konon tak cukup masa banyak sangat nak tulis jawapan. Usai kertas test semua dah hantar, masing-masing riuh. Ada kata senang, ada kata susah, ada juga yang kata ada soalan silap...lu dah tak boleh jawap kata soalan silap pula. Orang depan gua tadi pun sibuk riuh juga kata dia boleh jawap soalan 1 dengan dua saja. Padahal gua usha kosong saja. Nak sedapkan hatilah tu.
Tiba-tiba Haikal menyampuk, " Hakim, tadi yang ko buat tu salahlah!"
Gua dah terkedu campur berdebar-debar. Degup jantung berdenyut pantas.
"Ye ke? Dah la aku jawap satu soalan je. Biarlah..tawakal aja, baru test topik, final nanti kita skor betul-betul!" Jawap Hakim konfiden. Tak silap gua dari semester satu diploma Hakim cakap macam ni, tapi bila final haram tak skor pun.

***
Seminggu selepas itu...
***

"Ni saya bagi balik test minggu lepas. Ada yang dapat kosong, tak ada repeat test...ntah apa lagi dia membebel gua tak ingat" Cilaka, gualah tu yang dapat kosong. Tapi tak apa ada geng, tak lah malu sangat dengan awek cun dalam kelas gua. Kalau gua kosong, Hakim mesti kosong sebab gua tiru dia. Gua pandang Hakim, Hakim pandang gua dengan pandangan penuh harapan.

Bila gua dengan Hakim dah dapat result, kitorang terkejut sebab dapat 5 per 20. Automatik gua dengan Hakim usha result Haikal...
"Kah Kah Kah..Haikal apsal lu dapat kosong? Bukan ke lu tegur gua punya salah?"
Muka Haikal dah blur campur hidup segan mati tak mahu. Sejak hari itu gua tak pandang rendah sama Hakim.

Masuk semester tiga Hakim berhenti pasal masalah kewangan. Tak ada seorang pun ahli politik nak tolong beliau yang berpotensi maju ke hadapan. Sekurang-kurangnya bolehlah memajukan negeri Terengganu bila dah habis belajar nanti. Secara tak langsung, gua kehilangan seorang kawan. Dah, gua malas nak cerita politik. Gua nak sambung tulis report log book praktikal. Dah dua jam gua cuba menulis report, haram baru dapat tulis nama dengan nombor ID separuh, separuh lagi gua lupa.

4 comments:

Syifa Alshah (wutwut) said...

mcm penah dengar cite ni . hurm ~~ hihi~

kamarul arifin said...

dayat, bg gua teka sapa nama cikgu yg smash lu dgn kamus tebal 600++ pages tu.

cikgu rosli aka pok li.

lu tak payah bgtau jawapn. gua yakin komfem betul.

kenangan time sekolah.
hahaha.

AkubukanSofiaJane said...

incik hidayat.
saye ade satu pertanyaan yang tak relevan dengan entri anda.

"camne mahu add anda ke blog sy ni?tak nampak pon button ape2 untuk di add."

sekian.gud writing =)

dayat said...

syifa' = cite ni da dipentaskan jd teater.
jeppong = tu cikgu feveret lu.
cik salamiah = tima kasih daun keladi, len kali komen lagi