Wednesday, April 30, 2008
Harmonic May Rockestra
oleh itu..diharapkan gua dapat pergi menggantikan rock the world yang sudah ditamatkan perkhidmatannya. :(
gua sebenarnya dah lama tidak berkunjung ke gig-gig yang dianjurkan oleh penggiat seni tempatan bawah tanah disebabkan oleh gua rasa gua sudah cukup puas berkelana di arena gig ini.selain gua rasa kekurangan wang.cukuplah sekadar memerhatikan gelagat 'newcomer' ataupun 'oldtimer'.gua hanya layan lagu-lagu indipendent ini di winamp ataupun nokia express music 5610 gua sahaja.oleh itu gua kira qada' semua gig-gig itu dengan rock the world di hujung tahun.malangnya, ura-ura mengatakan rock the world sudah dijual.tidak dapat dipastikan kesahihannya.
maka dengan itu, gua ingat ingin pergi menyaksikan gig ini.terdapat beberapa sebab selain tiada lagi rock the world iaitu butterfingers bakal release album baru dan single buttergfingers pun gua dah muat turun. :) selain itu, gua mahu lepaskan tekanan final exam semester ini yang bakal berakhir 8 May. :)
berkenaan flyers soilwork pula, saja gua post untuk tatapan umum.lagu dia boleh tahan juga seperti No More Angels dan Distortion Sleep.jumpa anda di sana!
Klik untuk baca selanjutnya
Saturday, April 26, 2008
malang tidak berbau
siang tadi sepergian aku ke UniKL untuk menghantar tugasan akhir, aku telah menyaksikan 2 kemalangan maut yang melibatkan di antara kereta dan motosikal. kemalangan pertama berlaku di jalan bangsar berhampiran TNB dalam perjalanan pergi manakala kemalangan ke dua berlaku dalam perjalanan pulang di lebuh raya perseketuan selepas plaza tol batu tiga berhampiran kilang carlsberg. ke dua-dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian.penumpang kereta terselamat.sepanjang perjalanan, fikiranku menerawang memikirkan apakah nasib keluarga simati, isteri atau anak-anak dan juga perasaan bersalah bagi pihak yang melanggar.jika mangsa merupakan tempat bergantung kepada keluarganya, bagaimanakah mereka mahu mengharungi hidup yang akan datang?
laporan akhbar di harian metro
kemalangan ini telah memberi impak yang besar kepada diriku kerana selepas kemalangan itu aku terasa insaf dan terus membawa motosikal ku dengan perlahan. di dalam mindaku tertanya-tanya siapakah yang bersalah. dalam kejadian di federeal highway... semestinya penunggang motosikal yang bersalah kerana tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan. namun setelah menonton buletin utama tadi didapati juga penunggang motosikal bersalah dalam kejadian di bangsar kerana membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya.
dimanakah kesilapan dan apakah punca kepada kemalangan ini? adakah disebabkan sikap dan etika pemandu atau disebabkan infrastruktur jalan raya di Malaysia ini? adakah penunggang motosikal masih menjadi sebab utama kepada kemalangan jalan raya? atau disebabkan oleh kelemahan undang-undang jalan raya di negara kita? persoalan-persoalan ini perlu dirungkai dan dicari jalan penyelesaiannya untuk mengurangkan kadar maut bila kemalangan jalan raya berlaku seterusnya mengurangkan statistik kecelakaan jalan raya.tambah merunsingkan lagi bila tibanya musim perayaan.
alangkah indahnya pemanduan jika semua manusia berhemah di jalan raya yang pastinya dapat mengelakkan kemalangan.memandu tidak boleh mementingkan diri sendiri, harus bersabar dan bertolak ansur.jika mahu membelok atau mengubah haluan, nyalakan isyarat, pastikan lihat cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang.bukan semborono belok sahaja.perkara ini sering aku alami kerana selalunya penunggang motosikal yang akan menjadi mangsa.tumpukan perhatian dan bertenang semasa memandu.satu kajian pernah dijalankan di mana seseorg itu berpewatakan mulia jika di luar kenderaan tetapi berubah menjadi ganas dan pemarah jika di atas jalan raya.puncanya kerana stress menghadapi karenah kurang ajar pemandu lain dan kesesakan jalan raya.satu kajian lain juga membuktikan tiga punca stress dikalangan warga kota ialah yang pertama kerana tertekan memandu akibat kesesakan lalu lintas dan sikap kurang ajar pemandu lain. ke dua ialah ketagihan alkohol dan ke tiga ialah...maaf saya terlupa.
baru-baru ini kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang.diharapkan undang-undang ini dapat memberi impak positif dalam usaha menurunkan statistik kemalangan maut.namun, yang menyedihkan setelah kita berhati-hati tetapi kita tetap dilanggar disebabkan sikap kurang ajar segelintir pemandu lain.memang takdir tuhan, ajal maut di tangan tuhan, tetapi mana tahu dengan seluruh kekuasaan yang ada pada Allah s.w.t, dgn rahmatnya disebabkan sikap sopan santun kita Dia dapat memanjangkan umur kita.dalam keadaan kita yang belum tahu sama ada kita sudah bersedia untuk menemuiNya, tiba-tiba maut dalam kemalangan apalah nasib kita di alam barzakh sana.oleh itu, kesimpulannya berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang dan ingatlah maut tidak mengenal waktu dan usia.
Wednesday, April 23, 2008
ccna 3 version 4
last evening was my final online test cisco.CCNA Exploration: LAN Switching and Wireless (Version 4.0). sgt susah giler o0o..
the result 39.3%..haha
pe nk jd ni.. byk gk yg xtau td..mcm VLAN trunking protocol(VTP), spanning tree protocol, nk configure switch layer 2 and 3..all the commands..
nmpk gayenyer kene byk studi lg ni.. :D
test2 chapter b4 this pn x bape baik..so atas belas ihsan aku upload print screen utk 'cheat code' atau lebih tepatnyer question and answers for CCNA Exploration: LAN Switching and Wireless (Version 4.0) every chapter.not all the answers are correct.hehe here are the link.
chp 1
chp 2
chp 3
chp 4
chp 5
chp 6
chp 7a
chp 7b
Saturday, April 19, 2008
for sale
256MB DDR1 kingston pc133 - 2units = RM40 per piece
512MB DDR2 hynixx 667mhz for laptop = RM40
1GB DDR2 kingston 667mhz for laptop = RM70
256MB flash card kingmax = RM25
lite on CDRW = RM35
80GB hard disk IDE western digital = RM55
ATX power casing with power supply, 2 small fan = RM50
AMD sempron super powerful processor 0.9GHZ = RM90
nvidia AGP grafik kad 256MB = RM50
1 set Pc pentium 3 + monitor acer 15" + keyboard + mouse = RM200
sata, IDE cable = RM4 only!! (many units!)
power cable for PC(w/o fuse) = RM8 (many units!)
reason 4 sale = cleaning my room.
priced can nego.
COD klang valley area.
survey jumlah blog di muka bumi ini..
million blog list ni bertujuan untuk survey berapa blog yg wujud di dunia ni..
so sesiapa yang ada blog, boleh la register blog anda disini..
tujuannya kurang pasti selain dari untuk membuktikan adakah benar wujud sebanyak 70, 000 000 blog di alam maya ini.. my blog was listed on #642..
boleh la support usaha diorg ni selain tingkatkn traffic anda...hehe
global warming
apakah global warming? global warming mengikut yg di'define'kan oleh kawan karib saya merangkap salah seorg guru sy iaitu incik google ialah "an increase of the earth's temperature by a few degrees resulting in an increase in the volume of water which contributes to sea-level rise" - (www.nwrc.usgs.gov/fringe/glossary.html) atau, An increase in the near surface temperature of the Earth. Global warming has occurred in the distant past as the result of natural influences, but the term is most often used to refer to the warming predicted to occur as a result of increased emissions of greenhouse gases. - (www.evomarkets.com/ghg_glossary.html)atau dalam bahasa kebangsaannya ialah pemanasan global.hehe
istilah ini timbul sejak kebelakangan ini. bagaimana ia timbul? semestinya setelah manusia merasai kesan yang pelik seperti kemarau, banjir, tsunami dan sebagainya. bagaimana ia berlaku? secara khususnya malas saya hendak terangkan di sini dengan susah payah, justeru dengan senang lenangnya atau secara umumnya mestilah disebabkan tangan manusia yang mengakibatkan pencemaran udara dan air, penggunaan sumber semula jadi tanpa kawalan seperti menggondolkan bukit, dan
pembangunan tidak terancang.
kesan paling teruk yang sedang dirasai sekarang ialah lembah klang sering dilanda hujan yang tersangat lebat, terutama waktu petang. hujan yang turun dengan lebat secara tiba-tiba... ini meresahkan segenap lapisan warga kota dari golongan pekerja bawahan sehinggalah atasan termasuklah saya seorang pelajar yang berulang-alik ke kelas setiap hari. itu belum lagi disusuli banjir kilat di sekitar KL. bagi mereka peniaga pasar malam yang rata-ratanya mula beroperasi waktu petang, hujan seolah menyebabkan periuk nasi mereka terjejas. bagi golongan bermotosikal seperti despatch, posmen dan saya, hujan sedikit sebanyak mengganggu rutin harian dan urusan kita. begitu juga golongan kelas atasan, hujan menyebabkan jalan sesak, perjalanan seperti menemui client terlambat lantas boleh menyebabkan kerugian akibat urusan perniagaan itu dibatalkan. tidak dinafikan hujan merupakan rahmat dari tuhan, tapi Allah itu maha berkuasa, rahmatNya boleh ditukar menjadi bala jika manusia tidak pernah mensyukurinya.
jadi apakah tindakan kita? sekali lagi malas saya 'detail'kan kerana anda sedia maklum apakah tindakan yang sewajarnya diambil. cuma di sini saya ingin menyuarakan beberapa tindakan yang sepatutnya diambil oleh beberapa syarikat2 multinasional kerana mereka inilah antara penyumbang terbesar kepada ketidakseimbangan ekosistem. pertama, bagi syarikat2 yang menghantar bil kepada pelanggan seperti syarikat telekomunikasi, saya mencadangkan agar menghentikan penghantaran bil secara manual, sebaliknya hantar secara online terus ke emel pelanggan.dengan ini dapat menjimatkan kertas, justeru dapat menyelamatkan pokok2 dari ditebang. saya merupakan pelanggan celcom pasca bayar, saya menerima bil minimum purata 8 helai yang mengandungi rekod panggilan dan sms.sudah tentu kita banyak bersms, jadi anda bayangkanlah untuk rekod sms sahaja sudah menggunakan 4 ke 5 helai. bagi saya rekod sms ini tidak penting.
selain itu banyak lagi tindakan yang boleh diambil oleh kita seperti kitar semula, menjaga kebersihan alam sekitar, pembangunan yang terancang oleh pihak kerajaan dan menyokong kempen2 berkaitan alam sekitar. walaubagaimana pun, walaupun pelbagai tindakan dirangka tapi tidak dikuatkuasakan atau dilaksanakan, ironinya tiada apa2 pemulihan atau penambahbaikan dapat dicapai oleh manusia sejagat.
Friday, April 18, 2008
adakah negara akan bankrap jika harga minyak diturunkan?
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global.Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak
diturunkan..
Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?
Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM
12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b. Ini
adalah kenaikan dana RM12.82 billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana
tersebut pasti lebih tinggi.
Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara
rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat
minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.
Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.
Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama. Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak
650 000 sehari. Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.
Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan. Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000. Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.
Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29 billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah. Bohong tak bohong.
Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.
Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter. Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna
penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion. Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?
Pembabitan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)
Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya? Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.
Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara...
RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.... ...
surfjunkey dan yg sewaktu dgnnya itu spam
mingu ni je dah dkt 20 msg fwd dlm inbox aku..dulu pnh top gk psl mende ni,pastu syp jap.skang naik blk.psl bende bodow ni:
http://www.surfjunky.com
surfjunky ni scam.....cari la info sblm post ape2....
ni bukti die scam:
http://merkey.net/surfjunky/
nah byk lagi bukti:
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=surfjunky+scam&btnG=Google+Search&meta=
korg tau x pktn "muak"?
pktn tu mgambarkn btapa lemahnyer org yg anto msg fwd tu....
mmg la free kalo nk join...letak kt buletin xbole ke?nape prlu PM?
kt situ je dh tserlah diri tu lemah.....kalo anto kt buletin sume org bole bace... kalo PM?nk anto kt 100 org dgn 100 klik berbanding buletin sekali
klik...
sblm nk join tu....tgk la bnde tu scam ke tidak...buat penat korg sign up je....pstu byk la spam dlm email korg...sbb korg sndri yg anto alamt email ko kt web scam tu..dierg ni bijak...email user tu die kumpul anto kt web lain spy die bole anto msg spam byk2....
korg bygkn bile bkk FS ade msg dlm inbox...msti hepi kn..tgk2 bile bkk je msg FWD...ape prsn korg? msti girang n riang ria...btol x?
so...pk2 la...jgn anto lg msg2 yg ntah pape...win-win situation la wei..korg x penat anto fwd msg...aku pon xpnt nk delete msg tu...
yg aku pelik yg anta msg tu xnk lak studi kt oversea la,IPTA2 tempatan yg gah..amek kos power2..engin,medic, law etc tp xleh nk pk pjg..sape nk bg duit free? bill gates dgn donald trump pn kalo leh xnk bg duit free kt korg..
so..jd budak cerdik...jgn jd sengal anto msg cmni:
__________________________________
> > Adakah KORANG menggunakan internet sekarang?
> >
> > Peluang baik bagi mereka yang kerap 'surf' internet.
> >
> > JANGAN BAZIRKAN BIL TMNET DAN STREAMYX atau duit bayar CC...
> >
> > Kita cuba buat duit jugak disamping kita berbelanja.
> >
> > Inilah dipanggil situasi win-win.Program ini PERCUMA 100%
> >
> > BAYANGKAN...Anda akan dibayar setiap 15 hb…………
> >
> > BAGAIMANA CARANYA ???
> >
> > FIKIRKAN:
> > Andaikan kita perlukan masa 1 jam untuk berfikir tentang projek ini, korang masih belum mendapat apa-apa, tetapi dalam masa 1 jam itu saya dah dapat RM1.63.
> > Nak tau macamana? Buka web bawah ni..
> >
http://www.surfjunky.com/?r=budakpalingbodohdankenetipu
>
> > KORANG cuma perlu:
> > 1.Sign up (percuma)
> > 2.Log in
> > 3.Klik pada bahagian "EARN MONEY"
> > 4.Click pada bahagian "Click Here To
> > Start Surf Junky Browser"
> > 5.Biarkan Program ini BUAT DUIT UNTUK
> > KORANG.
> > 6.Klik pada bahagian "STATISTIK" untuk
> > mengetahui jumlah wang korang.
> >
> > Senang aje..tak perlu risau...tanpa risiko..
> > cuma kita aje lah yang perlu jujur dalam mem'promot'kan website ni.
> > Kita dibayar sebab kita 'promot' orang lain surf web dia..Itu aje.
> > Jadi,apa salahnya kalau kita buat macamtu kan??
> >
> > TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
> > TAK RUGI APA-APA...!!
> >
> > kita dibayar USD$0.45 (RM1.63 - ikut currency sekarang bagi setiap jam program ini berjalan).
> > Bermakna anda boleh dapat sehingga RM41.04 sehari
> > (RM1.63x24=RM39. 12). Ini bermakna sebulan kita boleh dapat sehingga RM39.12x 30 = RM1173.60.
> >
> > Boleh tahan gak kan..fikirlah.
> > Duit FREE, ambik je laa...
> >
> > Cek akan dihantar kepada nama dan alamat yang kita isikan sewaktu sign up.
> > Oleh itu sila tulis nama dan alamat korang dengan lengkap dan betul...
> >
> > SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!!
> > CUBA DAHULU....
> > TAK RUGI...
> > TAKDE KELUAR MODAL...
> >
> > Ingat,sebelum dapat duit, kita memang kena usaha dulu..dan dalam bisnes yang ini,
> > kita perlu usaha untuk promotekan web yang kat atas tu aje
> >
> > p/s gune internet explorer
_______________________________________
p/s:taken from zool technology.crdt to
him cos ade usaha sedarkan org ramai.aku
da edit sket2.
DIALOG ROH ALAM BARZAH by Zakaria Bidin
DIALOG ROH ALAM BARZAH by Zakaria Bidin
Ni bukan sajak kurafat, Ini seni yang maha halus.
Satira yang berkesan, dan diungkap dengan indah sekali.
Sila baca, dan kreditnya haruslah ke penulis asal, Zakaria Bidin.
DIALOG ROH ALAM BARZAH
Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.
Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Dia bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: "ada la sikit-sikit untung."
Tun Razak tersenyum dan mereka ber'shake hand-shake hand.'
Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: "itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang."
Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairy.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
"Lee sudah mati ka!" kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma....
Dia macam-macam tahu.
Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: "entah, aku pun tak tahu."
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku"
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.
Lim Goh Tong tanya: "sapa tu?"
Tun Razak jawab: "Name Tag dia tulis Jibril tu."
Tunku kata: "Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar"
P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu... atau ringasnya
JIBLIJAMBUKA
Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.
(HakCipta Terpelihara oleh Zakaria Bidin dan telah di deklamasikan pertama kalinya Pada 17hb November 2007 di Malam Mentera Puisi anjuran Warga Prihatin Prima di Lorong Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.)
taken from http://mosesmouse.blogs.friendster.com/refer_to_moses/2007/11/dialog_roh_alam.htm Klik untuk baca selanjutnya
Islam Melayu by Hishamuddin Rais
Yang dibawah ini adalah artikel tulisan Hishamuddin Rais yang saya fikir, mempunyai isi yang bagus untuk kita fikir-fikirkan. Mungkin akan ada yang bersetuju atau tidak, tetapi saya amat berharap anda dapat membaca hingga ke noktah terakhir artikel ini.
Islam Melayu - Hishamuddin Rais
May 7th, 2007
Pada hari ini di Malaysia, jika saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang
beragama Islam, tidak mungkin saya akan menukar agama saya untuk menjadi
penganut agama Islam. Apa yang sedang saya lihat berlaku sekarang tidak
meyakinkan saya bahawa agama Islam yang diguna pakai di Malaysia ini adalah
agama kesejahteraan, keharmonian dan agama kasih sayang.
Pandangan saya ini berlandaskan apa yang sedang saya perhatikan berlaku
terhadap agama Islam di dalam dan di luar negara. Banyak pekara yang saya
lihat meyakinkan saya bahawa agama Islam yang wujud di Malaysia hari ini
bukan lagi satu agama yang berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim
yang menjadi tunggak Islam telah dihilangkan.
Saya melihat negara-negara yang mengakui bahawa daulah mereka adalah daulah
Islamiah , kesemuanya sedang diperintah oleh regim yang ganas-ganas lagi
zalim. Dari Morokko hingga ke Indonesia, dari apa yang saya baca,
menunjukkan bahawa tidak ada satu pun daulah Islamiah ini yang dapat
memberikan contoh-contoh terbaik untuk dijadikan ikutan umat manusia.
Pakistan pada tahun 1947 telah diwujudkan atas dasar negara agama Islam. Di
atas nama suci agama ahli-ahli peniaga Islam secara licik telah memecahkan
benua Bharat untuk melahirkan Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Lihat apa
akhirnya terjadi - mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri; hingga ke hari
ini masih dirasakan porak perandanya. Pakistan Timur menjadi Bangladesh.
Pakistan Barat terus dibawah junta tentera. Saya tidak nampak ciri-ciri
keIslaman didalam kedua-dua negara yang mengakui berasaskan Islam.
Lihat pula di negara tempat kelahiran agama Islam – Saudi Arabia. Saya
tidak nampak satu yang positif lahir dari negara ini dalam hal penyusunan
kemasyarakatan warganya, walaupun ianya sebuah negara yang amat kaya. Bukan
sahaja negara ini tidak pernah mengamalkan sistem pemilihan pimpinan secara
demokratik, kita juga perlu bertanya dari lubang mananya munculnya sistem
feudal Raja ini. Walhal ketika Nabi Muhamad wafat dahulu tidak pun wujud
salasilah Raja Bani Saud. Hari ini Saudi Arabia memiliki rekod anti ruang
demokrasi yang paling buruk dalam dunia.
Kehidupan warga Saudi dilihat oleh warga dunia sebagai paradoks, schizo dan
bahan lucuan. Warga Saudi yang kaya sering berulang alik ke negara-negara
yang mereka cap sebagai negara kafir. Mereka berbuat demikian untuk
menikmati kehidupan yang lebih selesa dan merasa udara yang lebih segar
untuk bernafas. Malah ramai pula yang terus membeli tempat tinggal dan
menetap di negara-negara kafir ini. Dalam negara kafir inilah baru mereka
dapat merasakan apa itu ruang demokrasi.
Dalam negara kita di Malaysia ini saya perhatikan kefahaman tentang Islam
sebagai satu agama wahyu semakin merosot. Islam yang wujud di Malaysia ini
ialah Islam yang telah di-Melayukan oleh dua parti politik Melayu –
UMNO dan PAS. Inilah Islam yang sedang saya perhatikan dari sehari ke sehari
semakin tidak rasional dan semakin membawa umatnya ke Zaman Kegelapan.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah Islam yang kita lihat bergerak,
dipakai dan digunakan di Malaysia, bukan Islam yang terawang-awang atau
Islam yang diharap-harapkan. Bukan Islam yang keluar dari mulut para
pendakwah Melayu Islam. Bukan cakap-cakap yang muluk-muluk tentang Islam
tetapi Islam yang beroperasi disekeliling kita. Islam yang wujud di
Malaysia pada ketika ini sedang dijadikan alat politik oleh kedua-dua parti
ini. Mempolitikkan agama dalam negara kita ini untuk saya telah sampai ke
tahap yang lucah.
Cuba kita renungkan berita tentang keinginan masyarakat Islam Cina Malaysia
yang ingin mendirikan masjid mereka sendiri. Permintaan ini telah ditolak.
Apa rasional di belakang penolakan ini. Saya merasakan ianya ditolak kerana
Islam di Malaysia ini wajib dilihat sebagai satu agama yang hanya dibenarkan
dimonopoli oleh orang Melayu.
Bukankah lebih baik khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa yang difahami
untuk dihayati oleh para jemaah. Permintaan mereka untuk saya adalah tanda
kecintaan mereka terhadap agama Islam. Mereka ingin menjadi penganut Islam
yang soleh. Khutbah dari Imam bertujuan untuk berkomunikasi. Dalam bahasa
apa pun khutbah boleh disampaikan. Tidak mungkin Yang Maha Esa tidak
memahami bahasa Mandarin atau bahasa Swedish.
Masyarakat Melayu perlu diberitahu bahawa di Tanah Besar Cina penganut agama
Islam lebih besar jumlahnya dari yang wujud di Malaysia. Malah agama Islam
telah sampai lebih awal ke negara China sebelum agama ini datang ke Melaka
pada tahun 1404.
Ada pihak yang mempertikaikan reka bentuk masjid yang akan didirikan mungkin
berciri ke-Cinaan. Jika ini hasilnya maka kita seharusnya bangga untuk
sama-sama merayakan kepelbagian upaya umat manusia dalam penggunakan bahasa
visual untuk mengagungkan Yang Maha Esa.
Juga, jangan lupa untuk pergi ke Melaka untuk menyaksikan betapa indahnya
masjid-masjid Islam awal yang didirikan ratusan tahun dahulu sebelum agama
Islam ini dipolitikkan dan di-Melayukan. Masjid-masjid tua di Melaka ini
memiliki ciri-ciri seni bina Tiongkok.
Akhir-akhir ini timbul satu lagi kes yang paling mendukacitakan saya. Kes
Raimah Bibi Nordin yang dikatakan telah berkahwin dengan lelaki yang bukan
seagaman dengannya sehingga mendapat 7 orang anak. Raimah Bibi telah ditahan
dan kini terpaksa berpisah dengan anak dan suaminya. Berita yang
mendukacitakan ini telah menjadi berita dunia.
Dari apa yang saya baca keluarga ini terdiri dari keluarga yang miskin.
Drama keluarga miskin ini menjadi lucah apabila Islam Melayu campur tangan.
Lembaga-lembaga Islam Melayu ini bukan melihat kemiskinan ini sebagai
masalah yang dihadapai oleh keluarga ini. Islam Melayu ini hanya berjaya
melihat bahawa Raimah Bibi ini wajib dipisahkan dan diselamatkan dari
keluarganya yang mereka dianggap kaffir. Ayah yang namanya P.Marimuthu dan
tujuh orang anak-anak ini tidak perlu dibantu kerana mereka Hindu, yang
perlu diselamatkan hanya Raimah. Inilah contoh terbaik keupayaan fikrah
Islam Melayu dalam pemahaman mereka terhadap Islam.
Dalam kes Raimah Bibi ini saya tidak nampak Islam yang Ya Rahman dan Ya
Rahim. Dalam kes ini saya tidak dapat melihat Islam yang diwar-warkan
sebagai agama yang menganjurkan kasih sayang sesama manusia. Dalam kes ini
saya tidak nampak kesucian Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhamad terhadap
umat manusia. Apa yang saya lihat hanyalah Islam Melayu yang bagitu merosot
sekali akal fikrah mereka.
Apakah tidak sampai ke dalam benak pegawai lembaga-lembaga Islam Melayu ini
bahawa memisahkan anak, ibu dan ayah itu adalah zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Apakah tidak mereka dapat menemui ayat-ayat di dalam
kitab suci Al-Quran yang menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.
Tidakkah mereka menyedari bahawa tiga per empat dari semua ayat-ayat
Al-Quran itu adalah tuntutan Yang Maha Esa agar kita membuat kebajikan
kepada umat manusia. Berbuat baik itu adalah tuntutan agama Islam.
Agama apa pun dalam dunia ini yang dipolitikkan tidak akan membawa apa-apa
manfaat kepada umat manusia.Hari ini saya melihat bahawa lembaga-lembaga
Islam Melayu yang sedang dipolitikkan ini telah mengambil alih tempat Yang
Maha Esa. Mereka bergerak seolah-olah mereka adalah wakil Tuhan yang kudus
di atas muka bumi ini. Hasilnya, apa yang sering kita dengar dari mulut
mereka ialah – tangkap, rotan, sebat, hukum dan api neraka.
Kepada mereka yang bukan beragama Islam, saya memahami kesangsian mereka
terhadap Islam. Apa yang kita lihat ini, untuk saya bukanlah Islam yang
disampaikan oleh Muhamad bin Abdullah. Ianya juga bukan Islam Al-Farabi,
Ibnu Rushd atau Ibnu Sinna.
Islam yang dikembangkan oleh Al-Farabi, Ibnu Rushd dan Ibnu Sinna adalah
Islam rasional, Islam ilmuan. Isalam inilah yang telah mempengaruhi
pemikir-pemikir Katholik dan Judaism di Eropah. Islam ilmuan jenis inilah
yang menjana fikrah para Rabbai dan para Paderi untuk mengenepikan Zaman
Gelap (Dark Ages) Eropah dan membuka Zaman Pencerahaan (Renaissance) untuk
umat manusia.
credit to incik moses..
:)